Tel : 03-26154131 / Faks : 03-26152789 shahnizam.kl@utm.my

LATAR BELAKANG KOLEJ SISWA JAYA

Kolej Siswa Jaya UTM Kuala Lumpur terletak di Jalan Rejang 4, Setapak Jaya, Kuala Lumpur iaitu kira-kira 3KM dari kampus UTM Kuala Lumpur. Dengan keluasan ukuran 3.24 hektar, kolej ini dibina dengan kos mencecah RM76 juta.

Kolej Siswa Jaya mula merintis kemasukan mahasiswa buat pertama kalinya pada 1 Jun 2003 iaitu sesi 2003/2004 dengan kapasiti seramai 3000 orang mahasiswa. Blok A dan blok B aras 1 menempatkan mahasiswi manakala mahasiswa ditempatkan di blok C dan blok B di aras 2 dan ke atas. Terdapat 7 aras di setiap blok dan setiap bilik menempatkan 2 orang penghuni sahaja.

Dengan diketuai oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh Felo-Felo, Kolej Siswa Jaya juga melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk mahasiswa seperti aktiviti kerohanian, aktiviti sukan, aktiviti akademik, aktiviti kebudayaan dan program-program kemasyarakatan dalam usaha melahirkan graduan yang mempunyai jati diri yang baik dan berketrampilan. Rumah Pengetua dan Rumah Felo terletak di aras bawah bagi memudahkan pengurusan kebajikan dan penyeliaan aktiviti.

Oleh kerana kedudukan kolej ini di luar kampus, perkhidmatan bas disediakan oleh universiti untuk mengambil dan menghantar mahasiswa  ke kampus.

KAPASITI PENEMPATAN.
BLOK  A (SISWI ) – 1000 ORANG
BLOK B (SISWA/SISWI) – 1000 ORANG
BLOK C (SISWA) – 1000 ORANG

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pihak universiti telah bersetuju untuk menyewakan bilik untuk seramai 420 dari Institut Jantung Negara bagi penempatan pelatih Kolej Teknologi Makmal Perubatan (KTMP). Tempoh sewaan selama 3 tahun iaitu mulai 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2019.

KATEGORI PENGHUNI 

  • MAHASISWA SARJANA MUDA
  • MAHASISWA SARJANA
  • MAHASISWA UTMSPACE
  • MAHASISWA KOLEJ SPACE
  • MAHASISWA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
  • MAHASISWA ANTARABANGSA
  • PELATIH KTMP