Tel : 03-26154131 / Faks : 03-26152789 shahnizam.kl@utm.my

Assalamualaikum Wr. Wbh.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Saya mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izianNya laman web ini dapat disempurnakan.

Dikesempatan ini saya mengalu alukan semua warga  Kolej Siswa Jaya supaya dapat menafaatkan saluran kemudahan web ini dengan sebaik mungkin. Kemudahan ini sebagai landasan utama untuk warga KSJ memperolehi maklumat terkini   bagi memudahkan semua urusan berkaitan Kolej Siswa Jaya.

Kolej Siswa Jaya sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan semua perkembangan terkini akan sentiasa dikemaskini, Sebagai contoh pejabat KSJ memaklumkan pekeliling cuti melalui web dan tidak lagi mengedarkannya di papan notis.  Sehubungan itu sekiranya terdapat maklumat baru yang perlu diwar warkan atau cadangan yang membina sila berhubung dengan pihak Kolej Siswa Jaya.

Akhir kata saya mengharapkan kemudahan saluran web ini dapat membantu semua  pihak yang berkaitan bagi memudahkan segala uruan di Kolej Siswa Jaya.

Prof.  Madya Aminudin bin Hj. Abu

Pengetua

Kolej Siswa Jaya