+603-2615 4350 tncpiutmkl@utm.my

CCIN : Bunus Fun Walk for Rivers 2018

Oct 2, 2018 | Events | 0 comments

KUALA LUMPUR: Pada 29 September 2018 bertempat di Kolam Tebatan Banjir Kg. Boyan, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya Bunus Fun Walk for Rivers 2018 sempena Hari Sungai Sedunia dibawah kendalian Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Universiti Teknologi Malaysia. CCIN merupakan rakan kongsi komuniti projek River of Life (ROL) Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) sejak 2016. Ia disambut bagi meningkatkan kesedaran orang ramai serta mewujudkan rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan sungai dari tercemar. Ia juga merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan orang ramai menghargai dan memelihara sungai agar sentiasa bersih dan indah. Penganjur utama bagi program ini adalah EcoKnights, Local Agenda 21 dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL). Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada orang awam dengan lebih 500 penyertaan yang telah diterima oleh pihak penganjur.