+603-2615 4350 tncpiutmkl@utm.my

Latihan Kecemasan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) & Pengurusan Peti Kecemasan (First Aid) 2018

Nov 9, 2018 | Events | 0 comments

KUALA LUMPUR: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dengan singkatan Pejabat TNCPI Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur telah menganjurkan satu sesi Latihan Kecemasan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan Pengurusan Peti Kecemasan (First Aid) pada 9 November 2018 di Dewan Bankuet Tan Sri Ainuddin, UTM Kuala Lumpur. Sesi ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf Pejabat TNCPI tentang tindakan yang perlu dilakukan ketika sesuatu kecemasan berlaku yang boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan kaedah untuk memeberikan rawatan awal atas sesuatu kecederaan sebelum ianya menjadi lebih serius. Taklimat CPR dan First Aid ini telah disampaikan oleh Dr. Izzat Hazmir Bin Ismaal daripada Pusat Kesihatan Universiti, UTM Kuala Lumpur. Staf telah dibahagikan kepada kumpulan untuk melakukan CPR ke atas patung yang telah disediakan secara praktikal. Semoga dengan ilmu yang dipelajari dapat membantu staf pejabat TNCPI untuk bersedia serta berani bertindak sewaktu berada dalam sesuatu kecemasan.

 

Event Gallery