+603-2615 4350 tncpiutmkl@utm.my

UTM Metrai Memorandum Persefahaman (MoU) Tambahan Bagi Projek Kebun Kejiranan LA21

Dec 27, 2018 | News | 0 comments

KUALA LUMPUR: UTM melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah menandatangani suatu Memorandum Persefahaman (MoU) tambahan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beserta 11 rakan kongsi bagi Projek Kebun Kejiranan Local Agenda LA21 (KL) 2018 pada 27 Disember 2018.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, program LA21 ini menyatukan tiga komuniti utama iaitu masyarakat tempatan, sektor kerajaan dan sektor swasta untuk memenuhi kepentingan dan kebajikan anggota komuniti  dalam membina kehidupan yang berkualiti dan sejahtera serta komuniti yang bersatu-padu. Beliau juga berharap dengan memorandum yang ditandatangani itu dapat meningkatkan kerjasama erat di kalangan rakan kongsi dan komuniti terbabit supaya matlamat dan objektif yang ditetapkan mudah tercapai.

Program ini melibatkan aktiviti berkebun dan akan dijalankan di kawasan kejiranan untuk mempromosikan pengeluaran pelbagai tanaman sambil menyokong pembangunan ekonomi tempatan. Tambahan beliau, rakan kongsi akan mengambil bahagian dalam Anugerah Kebun Kejiranan LA21 Kuala Lumpur yang bakal dianjurkan pada Februari tahun hadapan dan barisan panel-panel anugerah yang telah dikenalpasti adalah terdiri daripada barisan profesional dan pakar dalam bidang masing-masing.

Pautan sumber berita : Sinar HarianNew Straits Times

Event Gallery