Pejabat OSHE Kuala Lumpur

Aras 1, Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid

Universiti Teknologi Malaysia

Jalan Sultan Yahya Petra

54100 Kuala Lumpur

Budaya Selamat Melalui Kolaborasi Berkesan

Program/Aktiviti OSHE Kuala Lumpur sepanjang tahun 2017

Audit KKP 2016 - Kategori Kolej Kediaman

Kuala Lumpur 15 Mac 2017 – Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2016 bagi kategori Kolej Kediaman telah dijalankan di Kolej Siswa Jaya (KSJ). 3 Auditor dari UTMJB bersama seorang Ketua auditor dari UTMKL terlibat dalam proses audit ini. KSJ dipimpin oleh PM Dr Aminudin Bin Hj Abu.

klik untuk ke galeri gambar

Audit KKP 2016 - Kategori PTJ

Kuala Lumpur 7 Mac 2017 – Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2016 bagi kategori PTJ / Bahagian / Unit telah dijalankan. 3 Kumpulan Auditor UTMKL dibentuk bagi melakukan proses audit ini. Sebanyak 18 PTJ yang terlibat.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi melancarkan proses audit tersebut.

klik untuk ke galeri gambar

Audit KKP 2016 - Kategori Makmal

Kuala Lumpur 8 Mac 2017 – Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2016 bagi kategori PTJ / Bahagian / Unit telah dijalankan. 3 Kumpulan Auditor UTMKL dibentuk bagi melakukan proses audit ini. Dua PTJ yang terlibat adalah MJIIT dan UPMU dan jumlah makmal yang diaudit adalah 12 makmal. MJIIT telah mencalonkan 4 makmal manakala 8 makmal adalah dari UPMU.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi melancarkan proses audit tersebut.

klik untuk ke galeri gambar

Latihan Pengendalian Sistem Kebakaran

Kuala Lumpur 15 Mac 2017 – Satu program Latihan Pengendalian Sistem Kebakaran Bangunan MJIIT telah diadakan. Latihan dibuat pada jam 8:00 hingga 10:30 malam untuk tidak mengganggu operasi kerja seharian warga UTM di bangunan MJIIT. Latihan disampaikan oleh kontraktor sistem melalui pihak PHB. Sasaran utama latihan adalah kepada pihak Unit Keselamatan. Program ini dikoordinasikan oleh Unit OSHEKL.

klik untuk ke galeri gambar

Kursus Pengenalan AKKP - Auditor UTMKL

Kuala Lumpur 22Feb 2017 – Satu program Kursus Pengenalan Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP) telah dijalankan kepada Auditor UTMKL. Kursus menekankan aspek-aspek yang dinilai di dalam AKKP yang akan dilakukan pada 8,7 & 15 Mac 2017 nanti. Seramai 16 staf terlibat di dalam kursus ini

klik untuk ke galeri gambar

Taklimat KKP & Gotong-royong bersama PHB

Kuala Lumpur 28 Feb 2017 – Unit OSHEKL telah menganjurkan satu taklimat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan pada semua staf PHB. Selesai sesi taklimat, staf PHB telah bekerjasama gotong royong dalam menyediakan pejabat sementara Unit OSHEKL.

Terima kasih kepada pihak pengurusan PHB dan staf PHB yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Unit OSHEKL.

klik untuk ke galeri gambar

Kelas OSHE GLL1040 Pelajar MJIIT

Kuala Lumpur 15-16 April 2017 – SPACE UTM telah mengadakan kelas GLL1040 Professional Skill Certificate kepada pelajar-pelajar tahun akhir MJIIT. Fasilitator kelas adalah Encik Ahmad Redzuan B Mohd Hanapiah dari Unit OSHEKL. Kelas diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang selama 2 hari.

klik untuk ke galeri gambar

Kursus HIRARC Pusat Islam

Kuala Lumpur 20 April 2017 – Pusat Islam UTM Kuala Lumpur telah mengadakan Kursus HIRARC kepada semua stafnya dengan objektif supaya mengetahui dan sedar tentang aspek Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ketika bertugas.

 

klik untuk ke galeri gambar

Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di UTM Kuala Lumpur

Penguatkuasaan / Pemeriksaan / Rondaan

 

  • Projek sekitar kawasan kampus
  • Permohonan dari PTJ
  • Aduan dari warga UTM

Perkara Yang Perlu Diadukan Kepada Unit OSHE

 

R

Kemalangan

Kemalangan akibat dari pekerjaan 

R

Kebakaran

Kebakaran yang berlaku di dalam kampus dan kolej

R

Kejadian Merbahaya

 

  • Keadaan merbahaya
  • Kelakuan merbahaya

Kemalangan

Kemalangan Nyaris

Kelakuan Merbahaya

Keadaan Merbahaya

 

 

Kalendar Aktiviti OSHEKL 2017