
Audit KKP 2016 - Kategori Kolej Kediaman
Kuala Lumpur 15 Mac 2017 – Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2016 bagi kategori Kolej Kediaman telah dijalankan di Kolej Siswa Jaya (KSJ). 3 Auditor dari UTM JB bersama seorang Ketua Auditor dari UTM KL terlibat dalam proses audit ini. KSJ dipimpin oleh PM Dr Aminudin Bin Hj Abu.

Audit KKP 2016 - Kategori PTJ
Kuala Lumpur 7 Mac 2017 – Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2016 bagi kategori PTJ / Bahagian / Unit telah dijalankan. 3 Kumpulan Auditor UTM KL dibentuk bagi melakukan proses audit ini. Sebanyak 18 PTJ yang terlibat. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi melancarkan proses audit tersebut.

Audit KKP 2016 - Kategori Makmal
Kuala Lumpur 8 Mac 2017 – Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2016 bagi kategori PTJ / Bahagian / Unit telah dijalankan. 3 Kumpulan Auditor UTM KL dibentuk bagi melakukan proses audit ini. Dua PTJ yang terlibat adalah MJIIT dan UPMU dan jumlah makmal yang diaudit adalah 12 makmal. MJIIT telah mencalonkan 4 makmal manakala 8 makmal adalah dari UPMU. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi melancarkan proses audit tersebut.

Latihan Pengendalian Sistem Kebakaran
Kuala Lumpur 15 Mac 2017 – Satu program Latihan Pengendalian Sistem Kebakaran Bangunan MJIIT telah diadakan. Latihan dibuat pada jam 8:00 hingga 10:30 malam untuk tidak mengganggu operasi kerja seharian warga UTM di bangunan MJIIT. Latihan disampaikan oleh kontraktor sistem melalui pihak PHB. Sasaran utama latihan adalah kepada pihak Unit Keselamatan. Program ini dikoordinasikan oleh Unit OSHE UTM KL.

Taklimat KKP & Gotong-royong bersama PHB
Kuala Lumpur 28 Feb 2017 – Unit OSHEKL telah menganjurkan satu taklimat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan pada semua staf PHB. Selesai sesi taklimat, staf PHB telah bekerjasama gotong royong dalam menyediakan pejabat sementara Unit OSHE UTM KL. Terima kasih kepada pihak pengurusan PHB dan staf PHB yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Unit OSHE UTM KL.

Kursus Pengenalan AKKP - Auditor UTMKL
Kuala Lumpur 22Feb 2017 – Satu program Kursus Pengenalan Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP) telah dijalankan kepada Auditor UTM KL. Kursus menekankan aspek-aspek yang dinilai di dalam AKKP yang akan dilakukan pada 8,7 & 15 Mac 2017 nanti. Seramai 16 staf terlibat di dalam kursus ini

Kelas OSHE GLL1040 Pelajar MJIIT
Kuala Lumpur 15-16 April 2017 – SPACE UTM telah mengadakan kelas GLL1040 Professional Skill Certificate kepada pelajar-pelajar tahun akhir MJIIT. Fasilitator kelas adalah Encik Ahmad Redzuan B Mohd Hanapiah dari Unit OSHE UTM KL. Kelas diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang selama 2 hari.

Kursus HIRARC Pusat Islam
BILANGAN INSIDEN
2016
2017
2018