Sejarah Unit OSHE

Diluluskan penubuhannya melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti pada 22 Disember 2015. Mula beroperasi pada 22 Februari 2016 dan telah dirasmikan pada 12 April 2017. Dikenali sebagai Unit OSHE iaitu singkatan dari Occupational Safety, Health and Environment dan diketuai oleh Timbalan Pengarah. Bagi melancarkan pengurusannya, unit ini mempunyai seorang staf berjawatan Penolong Pegawai Keselamatan, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Operasi.