Dari Meja Ketua Bahagian

Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat datang ke laman web Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur (BPKL).

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para pengunjung yang sudi mengunjungi laman web BPKL, sesungguhnya kunjungan tuan/puan ini merupakan satu bentuk sokongan terhadap usaha-usaha kami untuk terus mendekati para pelanggan.

Justeru, saya dan seluruh warga BPKL sentiasa komited untuk memastikan laman web ini terus kekal relevan sebagai medium penyebaran maklumat utama kami. Menerusi laman web ini, pengunjung boleh memperolehi pelbagai maklumat berkaitan pengurusan sumber manusia antaranya ialah fungsi dan peranan BPKL, iklan kekosongan jawatan, garis panduan, pekeliling, perangkaan staf, dan sebagainya. 

Dalam hal ini, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang cadangan, komen membina, dan pandangan untuk memperbaiki mutu penyebaran maklumat dan fungsi laman web ini agar sesuai dengan perkembangan semasa.

Sekian.

 

HJ. MOHD NAJIB BIN MASROOM

Ketua Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur