Pengenalan
Pengurusan Kualiti, Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur merupakan sub-unit di bawah Unit Pentadbiran yang memainkan peranan penting dalam usaha merancang dan melaksanakan program-program kualiti di peringkat Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur (BP UTMKL). Pengurusan Kualiti ini diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar yang melapor secara terus kepada Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran).
Fungsi
- Merancang dan melaksanakan aktiviti kualiti PP UTMKL seperti:
- MS ISO 9001:2008
- Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
- Amalan Persekitaran Berkualiti EKSA
- Pelestarian Kampus
- Laporan Anugerah Kualiti Perkhidmatan PP UTMKL
- Anugerah Kualiti Staf Dalaman PP UTMKL
- Jawatankuasa Pengurusan Arkib PP UTMKL
- Mentadbir perjalanan sistem pengurusan fail dan rekod
- Memantau dan meyelenggara laporan Employee Satisfaction Index (ESI) PP UTMKL
- Menjadi urusetia program universiti iaitu:
- Sambutan Hari Kebangsaan peringkat UTMKL
- Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat UTMKL
- Hari Keluarga UTMKL
- Fungsi-fungsi lain yang diarah dari masa ke semasa.