PROGRAM ORIENTASI STAF BARU (POSB) diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf baru tentang tanggungjawab asas sebagai Penjawat Awam di UTM. POSB juga memastikan bahawa setiap staf baru memahami syarat-syarat pengesahan jawatan serta memberi pemahaman terhadap kelayakan dan pengambilan cuti rehat dan cuti-cuti dalam perkhidmatan. Dengan itu juga mempastikan agar setiap staf baru mengetahui kemudahan Perubatan yang dibiayai oleh UTM. Keselamatan di dalam UTM juga diberi pendedahan kepada staf baru.
Maklumat-maklumat yang disampaikan adalah seperti berikut:
- Taklimat daripada Unit Pentadbiran
- Taklimat daripada Unit Sumber Manusia
- Taklimat daripada Unit Keselamatan