PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT BAGI SISWA/I IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER I SESI 2017/18

 

Permohonan bagi bantuan zakat di atas kini dibuka mulai 11 SEPT hingga 6 OKTOBER 2017.

Siswa/i yang ingin membuat permohonan boleh memuat turun borang permohonan dari laman web rasmi Pusat Islam UTMKL (http://kl.utm.my/pusatislam/borang-zakat/) atau Facebook Page Pusat Islam UTM Kuala Lumpur.

Sebagai panduan umum, bantuan sara hidup diberikan kepada pemohon yang memenuhi kelayakan dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4000. Namun begitu faktor-faktor khusus seperti jumlah tanggungan penjaga yang besar dan lain-lain akan turut dipertimbangkan.

Mohon sebarkan maklumat ini kepada pelajar-pelajar untuk manfaat bersama.

Sekian. Terima kasih.

MUHAMMAD FATHI YUSOF
Penolong Pengarah
Pusat Islam UTMKL