PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT MAHASISWA DIPLOMA UTM KL SEMESTER 1 SESI 2018/2019 KINI DIBUKA!!

“TERBUKA KEPADA MAHASISWA DIPLOMA SAHAJA”

Kategori Bantuan Zakat:

1. Bantuan Zakat Yuran Pengajian
– Bagi mahasiswa yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan yuran pengajian
(Sila lampirkan maklumat tunggakan yuran)

2. Bantuan Zakat Sara Diri
– Bagi mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan sara diri di UTM.

Syarat-syarat permohonan:
a) Agama Islam dan Warganegara Malaysia
b) Mahasiswa UTM (DIPLOMA) sepenuh masa Kampus UTM Kuala Lumpur
c) Tidak menerima zakat atau sumbangan daripada pihak lain
d) Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa, atau bantuan kewangan dan sekiranya ada tidak mencukupi (nyatakan sebab)
e) Tergolong dalam golongan Asnaf Fakir Miskin
f) Sekali permohonan sahaja dalam satu semester

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Borang permohonan boleh dimuat turun di http://kl.utm.my/pusatislam/borang-zakat/

Tarikh tutup permohonan : 31/7/2018 (Selasa)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-2203160