Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM Kuala Lumpur

Prof. Madya Dr. Muhammad Fathi Bin Yusof

Pensyarah Kanan di Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Sekarang juga menyandang jawatan Timbalan Pengarah, Pusat Islam, UTMKL dan Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) di Pusat Kajian Fiqh, Sains dan Teknologi UTM. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang undang-undang diperingkat sarjana muda (LLB), sarjana (LLM) dan Falsafah Kedoktoran dengan pengkhususan dalam bidang undang-undang perlembagaan. Tumpuan kajian beliau adalah dalam bidang undang-undang perlembagaan, sistem pilihan raya, undang-undang Islam, undang-undang rasuah, integriti, undang-undang siber, dan undang-undang untuk pengurusan projek. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal bagi Jawatankuasa Konsultasi Nasional Mengenai Pembiayaan Politik, Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Ketua Kumpulan Kerja Hak Asasi, Majlis Dakwah Negara, Ketua Panel Penyelidik Pemantapan Dewan Undangan Negeri Terengganu dan beberapa lantikan lain.