ADAKAH KEWAJIPAN ZAKAT ANDA TELAH SELESAI?

Ramai yang kurang perasan berkaitan kewajipan untuk menunaikan zakat. Bentuk zakat yang diwajibkan termasuklah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat KWSP, zakat emas, zakat perak dan zakat saham.

Misalnya, jika anda memiliki simpanan wang yang melebihi RM20,361.00(nisab tahun 2022) dalam masa setahun, maka anda perlu membayar sekurang-kurangnya sebanyak RM509.02. Kiraan secara terperinci boleh dibuat melalui pautan: https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/simpanan

Bagi zakat pendapatan pula, jika anda tidak membuat potongan bulanan, anda boleh membayar sekali gus sebelum masuk tahun 2023 nanti. Rebat cukai pendapatan akan diberikan oleh LHDN berdasarkan tarikh resit zakat yang dibayar di dalam tahun taksiran cukai pendapatan (tahun semasa).

Jangan lupa juga untuk membayar zakat emas dan perak. Terdapat kiraan berbeza bagi zakat emas yang dipakai dan emas yang disimpan. Anda boleh merujuk maklumat di sini: https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas/. Kami juga menyediakan khidmat nasihat bagi membantu anda membuat kiraan.

InsyaAllah pihak Pusat Islam UTMKL melalui Kaunter Kutipan Zakat PPZ-UTMKL menyediakan khidmat kutipan zakat dalam bulan Disember 2022 ini. Jadual pembukaan kaunter adalah seperti berikut:

Isnin-Jumaat (10.00 pagi – 4:00 petang) di Masjid UTMKL (sayap kanan bangunan)

Isnin-Khamis (11:00 pagi – 3:00 petang) di Residensi UTMKL (lobi kaunter)

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai kami Us Muhammad Nashry (011-23547993).

Jom berzakat! Moga harta kita diberkati oleh Allah SWT.