Select Page

DARI MEJA PENGARAH PEMBANGUNAN MAHASISWA


Selamat datang ke Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) !.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam UTM Sanjungan Bangsa saya ucapkan kepada semua pengunjung laman web ini. Sukacita saya mengharapkan agar laman web ini dapat menjadi medium perkongsian informasi terutamanya kepada Mahasiswa, Staf UTM dan Komuniti yang senantiasa berkolaborasi serta menjalin sinergi akrab dengan Pejabat HEMA di Kuala Lumpur, mahupun Johor Bahru. Mewakili keseluruhan tenaga kerja dari HEMA, saya amat mengalu-alukan sebarang maklum balas, pandangan serta idea positif bagi tujuan kecemerlangan perkhidmatan Pejabat HEMA dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, UTM Kuala Lumpur mempunyai seramai 715 Mahasiswa di peringkat pengajian Diploma, 767 Mahasiswa di peringkat pengajian Sarjana Muda dan 2,420 Mahasiswa yang melanjutkan pengajian tinggi di peringkat Sarjana & Doktor Falsafah. Jumlah ini menjadikan UTM Kuala Lumpur sebuah institusi pengajian tinggi yang versatile  dan ceria!. Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, UTMKL amat bertuah kerana dikelilingi oleh pelbagai sumber dan peluang kejayaan.

Secara tidak langsung, lokasi strategik ini membolehkan Mahasiswa UTMKL bergiat secara aktif dalam melaksana Program Pembangunan Mahasiswa yang dapat memberi impak tinggi kepada komuniti dan industri sekitar. Selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Mahasiswa (DPM) yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melahirkan Mahasiswa Holistik, Mahasiswa UTMKL sentiasa berinisiatif dan terkehadapan dalam merancang serta menjayakan program/projek yang bermanfaat.

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua, khususnya Mahasiswa agar dapat merebut peluang sepanjang menimba ilmu di UTMKL. Pertingkatkan soft skill, luaskan pandangan melalui pengalaman-pengalaman menarik sebagai Mahasiswa. Keutamaan disiplin diri perlu diamalkan, kekuatan jasmani, rohani dan intelektual turut perlu diperlengkapkan supaya mudah menghadapi cabaran sebenar di alam pekerjaan nanti. Saya doakan semoga anda sentiasa berjaya dalam hidup dan sentiasa memberi aura positif serta manfaat kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

Tulus Ikhlas,
Prof. Madya Ahmad bin Hj. Khalid
Pengarah Pembangunan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Hak Cipta Terpelihara @2016-2017    |    Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, UTM Kuala Lumpur