SERVICE LEARNING @BENGKALIS (MUALLAF’17)

 

 

Program Service Learning @ Bengkalis (MUALLAF’17), yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (MPM UTMKL) adalah bertujuan untuk membuka minda mahasiswa terhadap kehidupan masyarakat luar bandar yang bersesuaian dengan tema “LEADING TO NEXT GENERATION”. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dari segi intelektual dan kebajikan serta menerapkan ilmu yang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat setempat.

Kumpulan sasaran bagi MUALLAF’17 adalah golongan mualaf di Kampung Jangka,Bengkalis,Indonesia. Antara program yang akan dijalankan di Bengkalis adalah Program Anak Angkat, Program Berkhitan, Pemeriksaan Kesihatan dan Ziarah Kasih, Bedah Rumah, Penanaman Fertigasi, Kem Pendidikan bersama pelajar sekolah dasar di sana. Sukaneka,  Forum Perdana, Lawatan Tempat Bersejarah dan Bicara Mahasiswa.  Malam Kebudayaan tidak ketinggalan diadakan pada Majlis Malam Penutupan.

 

 

 

TARIKH
2 APRIL 2017 HINGGA 8 APRIL 2017

 

TEMPAT
KAMPONG JANGKA,
KECAMATAN BANTAN KABUPATEN BENGKALIS,
PROVINSI RIAU

 

 

 

  • Memupuk hubungan silaturrahim yang mesra di antara masyarakat setempat dan mahasiswa di samping mengenali budaya dan adat resam masyarakat setempat.
  • Memberi peluang kepada mahasiswa UTM untuk bertukar pandangan dan pengalaman dengan pelajar Indonesia dari Politeknik Bengkalis mengenai pendidikan dan pengajaran.
  • Menjalankan aktiviti pembaikan rumah bagi penduduk yang rumah mengalami kerosakan.

 

 

 

Penasihat:

Prof Madya Ahmad Bin Hj Khalid

Pengarah Pembangunan Mahasiswa

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni

UTMKL.

 

Penyelaras:

Pn. Naimah binti Mohamed

Penolong Pengurus Asrama Kanan

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni

UTMKL.

 

Perasmi:

YBhg. Senator Tan Sri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam

Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)

 

 

 

 

 

 

 

PENGISIAN PROGRAM:

Program Berkhitan Beramai-ramai, Ziarah Kasih & Pemeriksaan Kesihatan 

Program berkhatan beramai-ramai adalah satu program untuk membantu penduduk setempat untuk mengkhatankan anak mereka. Pemeriksaan kesihatan juga di buat untuk pemeriksaan tahap kesihatan penduduk disana dan mendedahkan kepada penduduk kampung berapa penting menjaga kesihatan. Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara Malaysia dan Indonesia.

Khidmat Masyarakat

Mengadakan khidmat masyarakat di kawasan kampung JANGKA, KECAMATAN BANTAN KABUPATEN BENGKALIS, PROVINSI RIAU. Para peserta program berpeluang tinggal bersama keluarga angkat bagi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat kampung serta membantu kawasan kampung tersebut.

Bengkel Fertigasi 

Pengajaran berkaitan bengkel fertigasi dibuat di sekolah di mana komuniti, guru dan pelajar telah dapat ilmu pengajaran tersebut.

Pertukaran Budaya dan Idea

Mengadakan sesi pertukaran budaya dan idea antara Politeknik Bengkalis  bersama mahasiswa UTM bagi menimba pengetahuan am dan pengalaman baru.

Kem Pendidikan

Memberi perangsang kepada pelajar sekolah di sekitar Bengkalis dan Bengkalis belajar dengan lebih baik. Serta turut terdapat sesi motivasi pendidikan oleh para peserta kepada para pelajar.

Awesome with technology”

Program ini bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan mencungkil bakat kreatif yang sedia ada dalam diri pelajar. Para pelajar akan dibekalkan bahan kitar semula seperti botol dan kertas bagi mencipta sesuatu berdasarkan idea kreatif mereka dengan bantuan fasilitator.

Fun with science”

Program ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar bahawa sains bukanlah satu subjek yang susah tapi ia merupakan subjek yang menyeronokkan. Program ini juga mendedahkan para pelajar bahawa ilmu sains sangat penting dan digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.

Kajian ke tempat-tempat bersejarah

Lawatan ini melibatkan tempat-tempat bersejarah di sekitar Bengkalis . Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada manusia pada zaman sekarang mengenai sejarah dan ketamadunan yang telah ditinggalkan oleh manusia pada zaman dahulu.

Sukan dan Sukaneka Bersama Penduduk Setempat, Pelajar Sekolah & Tadika

Sukan ini melibatkan 4 jenis sukan iaitu bola sepak, sepak takraw, tarik tali dan permainan tradisional penduduk tempatan.   Tidak ketinggalan sukaneka juga di adakan.  Aktiviti sukan bukan sahaja baik untuk kesihatan malah baik untuk merapatkan hubungan diantara mahasiwa bersama  penduduk tempatan, pelajar sekolah dan tadika.

Bedah Rumah

Bedah rumah adalah satu aktiviti untuk membaiki rumah-rumah yang usang atau mengalami kerosakan. Satu atau dua buah rumah penduduk muallaf akan dibiaki berdasarkan daripada kerosakan rumah tersebut.

 

 

RM45,000.00

Hak Cipta Terpelihara @2016-2017    |    Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, UTM Kuala Lumpur