KEMBARA AMAL ANAK MERDEKA (PATRIOT’16)

Program Kembara Amal Anak Merdeka 2016 (PATRIOT’16) yang dianjurkan oleh Majlis Pewakilan Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur merupakan satu komitmen jitu mahasiswa dalam usaha meningkatkan semangat patriotisme, nasionalisme dan perasaan cinta yang mendalam terhadap tanah air di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya mahasiswa UTM kerana mereka merupakan generasi harapan negara pada masa yang akan datang. Melalui pelbagai aktiviti yang bakal direncanakan melalui program ini, pihak penganjur mengharapkan satu cetusan semangat patriotisme yang baharu dapat dilahirkan di dalam diri setiap peserta mahupun komuniti yang terlibat sepanjang program ini berlangsung. Oleh yang demikian, penganjuran program ini merupakan satu usaha murni mahasiswa UTM dalam membantu proses pembangunan jati diri  masyarakat Malaysia. Penganjuran program ini akan menggunakan konvoi motosikal berkuasa tinggi  sebagai  medium  penyebaran  semangat  patriotisme  di  sepanjang laluan negeri yang akan dilalui. Pelbagai aktiviti berelemenkan patriotisme, libatsama komuniti, kesukarelawanan, keushawanan, inovasi dan pembangunan belia akan laksanakan sepanjang waktu konvoi berlangsung sama ada melibatkan kawasan perhentian konvoi mahupun kawasan sasaran aktiviti khusus. Oleh itu, konvoi motosikal berkuasa tinggi yang akan mengelilingi tanah semenajung ini diharapkan dapat mencetuskan garapan baru dalam usaha meningkatkan semangat patriotisme di kalangan pelbagai komuniti masyarakat Malaysia.

Tambahan lagi, program ini merupakan satu daripada aspirasi negara di dalam proses penerapan semangatperpaduan nasionalantara kaum dan komuniti di Malaysia. Melalui program ini, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan dan diterapkan dalam diri setiap mahasiswa serta masyarakat di Malaysia amnya. Hal ini kerana program ini menggalakkan penyertaan pelbagai kaum dan suku etnik di Malaysia melalui pelbagai akvititi yang bakal dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Secara tidak langsung, semangat perpaduan antara rakyat Malaysia juga dapat dikukuhkan dan terjalin erat di dalam setiap hati masyarakat negara ini. Selain daripada itu, masyarakat pada masa kini terutamanya Generasi Y semakin melupakan jasa-jasa pejuang dan pemimpin terdahulu yang telah bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan negara sebelum ini dek kerana terkongkong dengan arus pemodenan dan kemajuan teknologi pada masa kini. Sebagai penghargaan atas jasa mereka, pelbagai aktivti amal akan dilaksanakan di dalam program ini seperti kutipan amal untuk disumbangkan kepada Tabung Pahlawan. Hal ini akan menjadi salah satu bukti bahawa mahasiswa tidak pernah melupakan jasa yang dicurahkan oleh perwira-perwira negara dan bangsa atas pengorbanan mereka menjaga kedaulatan negara.

Lain daripada itu, elemen kesukarelawanan juga diterapkan melalui program ini dengan penglibatan penunggang motosikal berkuasa tinggi serta mahasiswa sebagai sukarelawan. Penglibatan mereka sebagai sukarelawan di dalam program ini membawa impak yang tinggi ke arah pengabadian diri dalam aktiviti    khidmat   kemasyarakatan   serta   bersifat   perpaduan   seperti    aktiviti pengedaran dan pengibaran Bendera Jalur Gemilang. Tambahan pula, program berbentuk bakti siswa berimpak tinggi akan dijalankan menerusi program mendekati golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), The Unsung Heroes. Program khidmat masyarakat ini turut mengfokuskan elemen patriotisme, pendidikan dan libatsama komuniti sebagai teras utama program. Maka di sini terbuktilah bahawa masyarakat Malaysia khususnya mahasiswa UTM bukan sahaja diberi pendidikan yang bersifat intelektual sahaja malah turut dilatih untuk menjadi seseorang bermanfaat kepada masyarakat dan negara secara amnya. Dalam memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, penganjur juga berencana untuk melaksanakan program berimpak tinggi ( High Impact Program) sepanjang program ini berlangsung menerusi Kempen ‘KAMI Anak Malaysia’. Kempen ini terbahagi kepada dua fokus utama iaitu kempen pengibaran Bendera Jalur Gemilang dan pelaksanan Kajian Patriotisme Jangka Pendek bagi mengukur tahap patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan komuniti pelbagai kaum di negeri-negeri utama semenanjung Malaysia. Hasil daripada kajian ini akan dibentangkan di peringkat Universiti Awam dalam Konvensyen Kepimpinan 1Malaysia sebelum laporan akhir kajian diusul kepada Pejabat Perdana Menteri.

Selain mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik, mahasiswa juga disarankan agar melengkapkan diri dengan sikap-sikap positif ke arah pembentukan peribadi, personaliti dan pemikiran yang cemerlang melalui pendedahan tentang sistem pengurusan dan pelaksanaan program yang bertaraf nasional dan berimpak tinggi kepada negara. Ia merupakan ilmu dan pengalaman yang penting bagi mahasiswa khususnya dalam proses pembentukan mahasiswa holistik yang lebih berfikiran luas dan matang. Oleh yang demikan, program ini mengharapkan suatu perubahan yang besar di dalam diri setiap sukarelawan mahupun urusetia yang terlibat. Diharapkan dengan jayanya program ini, masyarakat di Malaysia dapat menyemai  rasa  cinta  akan  tanah  air  (patriotisme)  dan  semangat kebangsaan (nasionalisme) di dalam diri mereka melalui pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan kelak. Bagi mahasiswa pula, selain dapat berbakti pada nusa dan bangsa, mereka dapat memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan serta pengalaman yang berharga terutamanya ilmu pengurusan program, soft-skill dan keyakinan diri yang dapat mematangkan diri mereka seterusnya dapat membentuk keperibadian mahasiswa yang lebih utuh bagi menempuh cabaran pada era masa akan datang.

sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

Program:
14 hingga 18 September 2016 (Rabu – Ahad).

Tempat:
Semenanjung Malaysia
sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

MATLAMAT

Berusaha melahirkan mahasiswa yang berfikiran global yang peka dengan perubahan global serta berani mengutarakan idea-idea yang progresif dalam usaha menjadikan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai teknokrat yang seimbang dan harmonis dari segi keintelektualan, kerohanian, emosi, dan jasmani dengan bermatlamatkan pengabdian diri kepada Tuhan serta mendedahkan kepada mahasiswa UTM mengenai penglibatan dalam program yang berbentuk patriotisme dan kenegeraan di peringkat universiti waima di peringkat nasional.

Selain daripada itu, program ini berhasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme dan nasionalisme yang menebal di dalam diri mereka khususnya mahasiswa UTM yang bakal menjadi pemacu dan pengerakmasa depan negara pada suatu hari nanti. Programini sudah semestinya bertunjangkan kepada prinsip semangat perpaduan nasional yang menjadi asas pembentukan negara Malaysia. Melalui pelbagai aktiviti yang berelemenkan patriotisme, sukarelawan dan libatsama komuniti, semangat cintakan negara dan aspresiasi kemerdekaan pasti berkobar-kobar di dalam jiwa setiap peserta yang menyertai program ini terutamanya para sukarelawan yang terlibat.

OBJEKTIF

Pihak penganjur telah menggariskan beberapa objektif utama yang ingin dicapai:

  • Melahirkan masyarakat Malaysia terutamanya mahasiswa UTM yang mempunyai semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi melalui penerapan nilai-nilai murni di dalam diri
  • Menyebarkan semangat kemerdekaan di dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya mahasiswa UTM dalam menghayati erti sebenar kemerdekaan.
  • Mempupuk dan menyemai semangat perpaduan nasional masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia khususnya mahasiswa UTM melalui aktiviti- aktiviti libatsama
  • Menggalakan pengibaran Bendera Jalur Gemilang oleh rakyat Malaysia sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-59 Tahun dan Sambutan Hari Malaysia kali ke-53.
  • Berencana untuk mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi aktiviti mencipta Hand-Print Jalur Gemilang Terpanjang Di
  • Berhasrat untuk menjayakan Kempen Tabung Pahlawan melalui aktiviti kutipan amal sekitar kawasan yang terpilih sebagai salah satu cara penghargaan mahasiswa kepada jasa parajurit
  • Menerapkan semangat kesukarelawanan yang tinggi di dalam hati setiap peserta khususnya mahasiswa UTM melalui aktiviti khidmat
  • Melahirkan belia iaitu mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin berkaliber, beridealisma, proaktif, dan kreatif menerusi pelaksanaan program berbentuk patriotisme, nasionalisme, kesukarelawanan, khidmat masyarakat dan pembangunan belia di peringkat nasional.

sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

PENASIHAT PROGRAM
Prof. Madya Ahmad bin Hj, Khalid.

PENYELARAS PROGRAM
Pengurusan Konvoi Motor
Encik Zurik Azaham bin Aris
Pengurusan Mahasiswa & Kajian Jangka Pendek
Puan Hafizah bt Ahmad Pua`at.
Pengurusan Aktiviti
Puan Naimah bt Mohamed

PERASMI PROGRAM 

sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

Konvoi Motorsikal Berkuasa

Konvoi yang akan melibatkan penyertaan seramai 60 orang sukarelawan yang terdiri daripada penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Konvoi akan bermula pada 14 September 2016 dari Perkarang Sri Pentas, Bandar Utama seterusnya akan menghala ke utara, pantai timur dan seterusnya ke selatan tanah air sebelum menamatkan jelajah semenanjung Malaysia di Kuala Lumpur pada 18 September 2016 dengan anggaran laluan sejauh 1,800.8 KM. Pelbagai aktivti menarik akan diadakan semasa berlangsungnya konvoi ini seperti Kempen ‘KAMI Anak Malaysia’, Kutipan Amal Tabung Pahlawan serta Kempen Kesedaran Kesihatan.

Kempen Kami Anak Malaysia

  • Kempen Pengibaran Jalur

Pemasangan Bendera Jalur Gemilang pada setiap kenderaan konvoi sepanjang kembara ini berlangsung bagi menyemarakkan kembali semangat pengibarkan Bendera Jalur Gemilang. Para sukarelawan juga akan turut mengedarkan Bendera Jalur Gemilang kepada rakyat Malaysia secara percuma di beberapa kawasan yang terpilih antaranya Putrajaya, Ayer Keroh, Melaka; Muar, Johor Bahru, Mersing, Johor; Pekan, Pahang; Besut, Terengganu; Gerik, Perak; Kepala Batas; Pulau Pinang dan Ipoh, Bagan Datoh, Perak. Kempen ini juga akan dijalankan serentak bersama kutipan amal Tabung Pahlawan serta kempen kesedaran kesihatan.

  • Kajian Patriotisme Jangka Pendek (High Impact Program).

Program PATRIOT’16 juga dianjurkan khusus untuk menjalankan satu kajian jangka pendek dalam usaha mengukur tahap patriotisme dan nasionalisme pelbagai komuniti kaum rakyat Malaysia di negeri- negeri utama Semenanjung Malaysia. Hasil kajian ini akan dibentangkan di peringkat Universiti Awam dalam Konvensyen Kepimpinan 1Malaysia yang akan adakan pada Februari 2017. Manakala laporan akhir kajian ini pula akan diusulkan kepada Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian berkaitan supaya satu resolusi pemerkasaan semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan komuniti pelbagai kaum rakyat Malaysia dapat dibentangkan.

Kutipan Amal Tabung Pahlawan

Bagi membela nasib bekas parajurit negara yang pernah memerah keringat mempertahankan kedaulatan negara pada suatu masa dahulu, pihak program akan melaksanakan kutipan amal bagi Tabung Pahlawan di setiap perhentian konvoi untuk disalurkan kepada bekas anggota tentera mahupun waris mereka yang kurang bernasib baik. Program ini merupakan salah satu program libatsama di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM). Pada tarikh 19 Ogos tahun ini, pihak program akan melancarkan kutipan amal Tabung Pahlawan di peringkat UTM. Kesinambungan kepada pelancaran tersebut, pihak program akan menjalankan program kutipan amal di sekitar kampus dan kolej-kolej UTM Kuala Lumpur dan UTM Johor Bharu.

Pihak program juga telah mengenal pasti kawasan sesuai di setiap negeri untuk diletakkan tabung-tabung ini bagi membolehkan kutipan amal ini mencapai angka maksimum. Di samping itu, kutipan terbesar akan dijalankan semasa program PATRIOT’16 berlangsung iaitu  pada 14 hingga 18 September 2016 bermula dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor dan akan berakhir di UTM Kuala Lumpur. Hasil kutipan amal Tabung Pahlawan ini akan diserahkan kepada wakil PVATM sambil disaksikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri pada Malam Apresiasi Merdeka PATRIOT’16, 18 September 2016 nanti.

  • Program The Unsung Heroes. (High Impact Program)

Pengisian yang akan membawa anak muda terutamanya mahasiswa untuk mendekati golongan veteran tentera yang telah banyak berjasa atas keringat mereka yang sanggup berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan negara pada suatu masa dahulu. Justeru itu, pihak program akan mengambil inisiatif untuk mengenalpasti perwira-perwira yang tidak didendang kisahnya melalui libatsama antara Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), yang mungkin kini berada dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak mendapat perhatian dari mana-mana pihak untuk didekati. Seramai lima orang veteran ATM akan dikenalpasti untuk dilawati semasa berlangsungnya Kembara Amal Anak Merdeka (PATRIOT’16) pada 14 sehingga 18 September 2016. Veteran ATM yang terpilih akan di temubual untuk berkongsi serba sedikit tentang pengalaman mereka semasa menjalankan tugas sebagai seorang angkatan tentera. Kisah sejarah mereka ketika bertugas akan didokumentasikan dan dimuatnaik ke media sosial dengan menggunakan hashtag #merdeka #theunsungheroes dan sebagainya. Dokumentari ini sekaligus dapat mengetengahkan The Unsung Heroes yang banyak berbakti kepada masyarakat tempatan atau negara disamping membawa kisah perjuangan mereka ketika zaman pra- kemerdekaan, semasa kemerdekaan mahupun pasca-kemerdekaan kepada tatapan umum khususnya anak-anak muda sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna. Semasa aktiviti ini berlangsung juga, pelbagai jenis bantuan dan sumbangan akan dihulurkan oleh program kepada mereka seperti khidmat membaikpulih rumah, servis kenderaan dan gunting rambut dengan libatsama daripada GIATMARA dan Kolej Komuniti.

Malam PERDANA Hari Malaysia

Melalui program PATRIOT’16 ini, pihak penganjur cuba untuk membawa kelainan dalam konteks sambutan Hari Malaysia. Seperti semua sedia maklum, sambutan ambang Hari Malaysia lazimnya setiap tahun diadakan di bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak, namun pihak program kali ini ingin mengorak langkah yang berbeza dengan menganjurkan program Malam Perdana Hari Malaysia 2016 bersama komuniti Terengganu. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti solat berjemaah, bacaan Yasin untuk Malaysia, Selawat Perdana, Forum Kemerdekaan dan Majlis Perasmian akan dijalankan dengan penglibatan pelbagai komuniti Besut dan Jerteh di Terengganu. Pihak program akan berkerjasama dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Besut, Majlis Daerah Besut dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kempen Kesedaran Kesihatan

Di sekitar kawasan perhentian konvoi seperti di Muar, Johor; Pekan, Pahang; Besut, Terengganu; Kepala Batas, Pulau Pinang; dan Bagan Datoh, Perak; sukarelawan akan menyampaikan informasi berkenaan kesedaran kesihatan dan isu kesihatan semasa kepada masyarat setempat di setiap lokasi yang telah disebut. Cara penyampaian informasi adalah menggunakan flyers yang boleh didapati daripada setiap Jabatan Kesihatan Negeri. Pihak program akan berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Jabatan Kesihatan Negeri untuk mendapatkan informasi terkini tentang isu penyakit dan flyers di setiap hentian konvoi. Aktiviti ini juga akan dijalankan serentak dengan Kutipan Amal Tabung Pahlawan dan aktiviti khidmat masyarakat untuk tujuan pengedaran flyers.

  • Program Bendera Jalur Gemilang Hand-Print Terpanjang di Malaysia. Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini, pihak program telah merancang untuk menghasilkan inovasi kreatif terhadap penciptaan Bendera Jalur Gemilang. Oleh itu, pihak program berhasrat untuk mencipta Bendera  Jalur   Gemilang                        hand-print   terpanjang   di             Malaysia   dengan berukuran panjang 1040 Program ini bermatlamat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi dan cintakan bendera kebanggaan Malaysia. Secara langsung, program ini berhasrat untuk memecahkan rekod Bendera Jalur Gemilang hand-print terpanjang terdahulu di dalam Malaysia Book of Record. Bendera ini akan dipenuhi oleh cop tapak tangan mahasiswa UTM dan rakyat Malaysia yang akan diperolehi sebelum dan semasa konvoi ini berlangsung.

Kesukarelawan & Bakti Sosial

Program PATRIOT’16 merupakan satu program yang berbentuk kesukarelawanan kerana pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang konvoi ini berlangsung melibatkan aktiviti khidmat masyarakat dan negara. Selain itu, pengibatan urusetia program, penunggang motosikal berkuasa tinggi dan peserta adalah secara sukarelawan sepenuhnya. Oleh itu, pengabadian diri terhadap usaha-usaha murni untuk berbakti kepada negara yang diterapkan melalui program ini dapat diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti   kesukarelawan tersebut.

sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

RM 200,000.00

Hak Cipta Terpelihara @2016-2017    |    Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, UTM Kuala Lumpur