Select Page

PERAK ACADEMIC COMMUNITY ENGAGEMENT (PeACE’16)

Pembangunan komuniti luar bandar merupakan agenda yang amat penting untuk diperkasakan selaras dengan hasrat Y.A.B Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Justeru, rakyat malaysia terutamanya golongan Mahasiswa dan Warga Universiti Awam (UA) serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu bersama-sama menyumbang bakti dan idea dalam merealisasi hasrat tersebut. Demi menyahut usaha dan hasrat murni ini, Universiti Teknologi Malaysia bercadang untuk mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Perak Academic Community Engagement 2016 atau ringkasnya dikenali sebagai PeACE’16. Program ini dilaksana bagi menyemarakkan lagi budaya kesukarelawan bakti sosial dikalangan warga kampus, khususnya mahasiswa.

PeACE’16 pada dasarnya telah dirancang bermula pada tahun 2013. Bagaimanapun, di atas beberapa kekangan dan asbab, program ini masih tidak dapat dilaksanakan. Justeru, setelah melalui beberapa siri perbincangan bersama Ketua Komuniti di Bagan Datoh, hasrat untuk merealisasikan program ini telah dipersetujui. Menerusi mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri (Y.A.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi) iaitu YBhg. Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad, pada tarikh 6 Januari 2016, program ini secara rasminya telah dipersetujui untuk dilaksanakan sebagai Projek Komuniti Berfokus (Immersion Project : Community Based).

PeACE’16 dicadang untuk dilaksana pada tarikh 2 hingga 9 April 2016 bertempat di sekitar perkampungan Bagan Datoh, Perak. Terdapat empat (4) buah mukim dengan kapasiti 35 buah Kampung Melayu akan turut terlibat menjayakan perancangan Program PeACE’16. UTM telah menjalin sinergi yang erat dengan beberapa buah UA/IPT; UiTM Seri Iskandar, UPSI, UTP dan Kolej Komuniti Bagan Datoh, Perak dalam usaha memastikan matlamat serta objektif pelaksanaan PeACE’16 tercapai secara total. Disamping itu, PeACE’16 turut berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta, persatuan belia serta usahawan kecil di sekitar lokasi/tapak pelaksanaan program. Pelbagai aktiviti immersion (berfokus) telah dirancang rapi dan akan dilaksana sebaiknya.

Pelaksanaan program ini secara ringkasnya terbahagi kepada dua fasa. Fasa I akan dilaksana dari tarikh 2 hingga 9 April 2016, manakala Fasa II pula akan dibuat bermula 23 April sehingga 30  November 2016. Tempoh pelaksanaan Fasa II adalah bergantung kepada jenis sub-program yang akan dijalankan. PeACE’16 dijangka dapat mengurangkan jurang diantara warga UA/IPT dengan komuniti setempat. Program ini turut dijangka dapat memberi impak yang bermanfaat kepada seluruh peserta yang terlibat, khususnya komuniti setempat dan mahasiswa.

sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

Program:
2 hingga 9 April 2016 (Sabtu-Sabtu).

Sub-Program: Cadangan –
a) Disember 2015 hingga Oktober 2016.
b) Disember 2015 hingga Julai 2016.
c) Disember 2015 hingga November 2016.

sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

1.1  Program:

1.1.1  Menyahut hasrat  dan   saranan  YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia agar warga UA/IPT dapat bersama-sama  turun ke kawasan luar bandar bagi membantu mempercepatkan proses pembangunan Komuniti Berilmu (Knowledgeable Society) melalui kaedah Knowledge Transfer sebagaimana yang diterapkan dalam NBOS4.

1.1.2  Memberi pendedahan berimpak kepada Mahasiswa yang terlibat mengenai sosio budaya dan ekonomi komuniti luar bandar supaya melalui medium sebegini, usaha ‘bebas jurang’ antara warga UA/IPT dan komuniti dapat direalisasikan.

 

1.2  Sub-Program: Projek Berimpak Tinggi 

1.2.1   Pertanian Fertigasi:
1.2.1.1   Membangunkan Sistem Pertanian Fertigasi ‘Zero Agent’ (TANPA Orang Tengah) bagi tanaman sayuran dan buah-buahan tempatan.
1.2.1.2  Mewujudkan tapak/kawasan Eko-Pelancongan Ala Kampung yang menghijau, bersih dan tenang.

1.2.2  Produk Fibreglass
1.2.2.1  Memperkasa kemahiran sediada belia dan usahawan kecil yang terlibat dalam perusahaan produk berasaskan fibreglass supaya produk-produk yang dihasilkan lebih berkualiti dan mampu bersaing dalam pasaran tempatan.
1.2.2.2  Meningkatkan hasil janaan pendapatan.

1.2.3  Perkasa Bahasa Inggeris (Modul Asas Perniagaan) dan Pembangunan e-Niaga Berpusat:
1.2.3.1  Membolehkan komuniti menceburi bidang perniagaan dengan lebih berketrampilan dan YAKIN berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
1.2.3.2  Membangunkan sebuah platform e-Niaga Berpusat bagi produk-produk tempatan keluaran komuniti Bagan Datoh, Perak dengan hasrat untuk meningkatkan hasil janaan pendapatan serta memastikan kebolehpasaran produk lebih efisien.

sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

PENASIHAT PROGRAM & SUB-PROGRAM 
Program:
Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad  & Prof. Madya Ahmad bin Hj, Khalid.
Sub-Program:
Prof. Madya Ahmad bin Hj, Khalid / Prof. Madya Sallehudin bin Muhamad / Pn. Hafizah bt Ahmad Pua`at

PENYELARAS PROGRAM & SUB-PROGRAM 
Program:
Puan Hafizah bt Ahmad Pua`at.
Sub-Program: Projek Berimpak Tinggi
1. Pertanian Fertigasi : Puan Siti Zalita bt Ad Talib & Puan Hafizah bt Ahmad Pua`at.
2. Produk Fibreglass : Madya Sallehudin bin Muhamad &  Prof. Madya Ahmad bin Hj, Khalid.
3. Perkasa Bahasa Inggeris (Modul Asas Perniagaan) dan Pembangunan e-Niaga Berpusat : Puan Hafizah bt Ahmad Pua`at.

PERASMI PROGRAM 
YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi (TPM merangkap Parlimen)

sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

PROGRAM: FASA I = 2 hingga 9 April 2016 (8 hari 7 malam)

Bagi pelaksanaan Program Fasa I, aktiviti yang akan dijalankan lebih kepada  program pendek yang diolah bertujuan untuk merapatkan ukhwah diantara peserta dan komuniti setempat. Berkonsepkan ‘Keluarga Angkat’, peserta seramai 300 orang mahasiswa akan ditempatkan bersama lebih kurang 150 orang Keluarga Angkat yang diambil daripada 35 buah Kampung Melayu di sekitar Bagan Datoh, Perak. Penentuan proses pengambilan Keluarga Angkat akan dikendalikan oleh pihak Parlimen. Pelbagai aktiviti akan dilaksana sepanjang tempoh 7 hari, seperti berikut:

a.   Majlis bersama Komuniti: Terdapat tiga (3) buah majlis utama yang akan dilaksana bersama komuniti setempat iaitu;

  • #Majlis Perasmian Pembukaan dan Penyerahan Anak Angkat PeACE’16 – 3 April 2016
  • #Malam Pertukaran Budaya – 8 April 2016
  • #KenduriSekampung – 8 & 9 April 2016
  • #Majlis Perasmian Penutupan PeACE’16 oleh YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi (TPM merangkap Parlimen)
  • #Karnival Pameran Muhibbah – 9 April 2016.

 

b.   Kem Pendidikan: Aktiviti ini dikhususkan kepada Pelajar Sekolah Menengah dan juga Sekolah Rendah di sekitar Bagan Datoh, Perak. Penentuan peserta daripada pelajar sekolah akan ditentukan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Perak. Sasaran pelajar adalah seramai 60 bagi Sekolah Menengah dan 60 orang Sekolah Rendah. Program akan dilaksana selama 3 hari 2 malam, berpusat di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak. Konsep dan modul pelaksanaan program dibangunkan secara berfokus kepada awareness campaign terhadap ilmu dan sekolah. Dua (2) buah sesi akan dijalankan sepanjang tarikh 6 hingga 9 April 2016, seperti berikut:

  • #GapaiGemilang (Sekolah Menengah).
  • #FunwithUs (Sekolah Rendah)

 

c.   Motivasi bersama Ibu Bapa dan Idola: Aktiviti ini melibatkan peserta bersama Ibu Bapa dan juga Ikon Idola kelahiran Bagan Datoh, Perak. Dua (2) buah sesi bersifat motivasi akan dikendalikan oleh Pakar dari UTM, khusus untuk menanam kesedaran tentang ilmu serta jurusan pengajian anak-anak pada masa akan datang. Pelbagai isu akan disentuh dengan tujuan untuk meningkatkan rasa kasih dan sayang antara semua pihak yang terlibat dengan Sekolah.

  • #JalinanKasih – 4 April 2016.
  • #IdolaBD – 7 April 2016.

 

d.   Kerohanian dan Spiritual: Menerusi aktiviti ini, komuniti dan peserta akan diterapkan dengan pengisian keagamaan melalui sesi bual bicara yang akan dikendalikan oleh Pendakwah Terkemuka pada masa kini. Disamping itu, slot bersama Ikon Belia juga akan turut dibuat bagi menarik minat golongan belia ke arah pemerkasanaan transformasi komuniti. Dua (2) sesi tersebut adalah:

  • #ForumPERDANA – 7 April 2016.
  • #FindtheLove – 8 April 2016.

 

e.  Sukan dan Kesihatan: Aktiviti ini bertujuan untuk mendorong komuniti kepada gaya hidup sihat dan sejahtera. Beberapa siri sukan pelbagai gaya akan dilaksana dengan cara yang menarik dan seronok. Disamping itu, sesi pemeriksaan kesihatan dan juga gigi akan dibuat secara PERCUMA:

  • #SukanRakyat – 7 April 2016.
  • #YouthChallenge – 4 April 2016.
  • #SukanRakyatbersamaTPM – 9 April 2016.
  • #LoveYourself – 8 & 9 April 2016.

 

f.  Khidmat Bakti dan Sosial: Aktiviti ini dirancang khusus untuk membantu komuniti dalam bentuk tenaga, kemahiran dan juga sumbangan. Sebanyak empat (4) aktiviti pendek telah dirancang mengikut mukim. Menjurus kepada persekitaran yang kondusif dan selamat, aktiviti ini menitik-beratkan konsep ‘bumi hijau’, seperti berikut:

  • #HapusDenggi.
  • #Mural.
  • #WakafKITA
  • #KamiBantu (Penyelenggaraan Kecil 3 buah Rumah)

 

g.  ‘A Day with Us’ – Projek Berimpak: Pada sesi pendek ini, para peserta akan diberi Taklimat secara Teori dan Latihan Asas berhubung setiap jenis sub-program. Sasaran bagi setiap sub-program adalah 50 hingga 60 orang. Tempoh pelaksanaan adalah tidak kurang daripada 2 hari, bermula 4 hingga 8 April 2016. Justeru, para peserta disarankan untuk memberi komitmen yang tinggi dan dapat hadir bagi setiap sesi supaya proses pemindahan ilmu dapat dilaksana dengan lebih berkesan.

  • #HIP1 – Pertanian Fertigasi.
  • #HIP2 – Fibreglass.
  • #HIP3 – Bahasa Inggeris dan e-Niaga Berpusat.

 

SUB-PROGRAM: April – November 2016

Dalam tempoh pelaksanaan Fasa II ini, peserta yang terlibat akan terus dilatih dan dibimbing mengikut matlamat serta objektif sub-program selama lebih kurang 4 hingga 6 bulan, bergantung kepada jenis sub-program.

sumber : Sekretariat PeACE’16  @Sinergi Mahasiswa

ProgramRM 275,963.00

Sub-Program:
1. RM 35,380.00
2. RM 47,490.00
3. RM 50,395.00

Anggaran Keseluruhan Kos Program:   RM 409,228.00

Hak Cipta Terpelihara @2016-2017    |    Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, UTM Kuala Lumpur