Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera

Selamat datang ke laman Web Universiti Teknologi Malaysia Sports Excellence,

Maklumat- maklumat yang dipaparkan disini adalah untuk dikongsikan dengan pengunjung- pengunjung yang sama-sama ingin mengambil bahagian atau menyumbang seuatu kepada kemajuan sukan diperingkat Universiti Teknologi Malaysia atau Kebangsaan.

Pihak Universiti Teknologi Malaysia Sports Excellence akan berusaha sehabis baik untuk memastikan aktiviti sukan di kampus dapat diatur dan dilaksana dengan subur dan meriah.

Kemudahan- kemudahan yang sedia ada diuruskan secara optimum bagi memenuhi permintaan harga kampus yang terdiri daripada semua mahasiswa dan staf di kampus ini.

Adalah menjadi hasrat Universiti Teknologi Malaysia Sports Excellence agar disetiap perancangan aktiviti yang dijalankan dapat disebar secara meluas dan telus untuk memajukan sukan di Universiti Teknologi Malaysia dan seterusnya diperingkat yang lebih global. Sokongan dan penglibatan warga kampus dan semua pihak berkepentingan terutama sokongan dari ibu bapa, dapat merealisasikan aktiviti sukan di Universiti Teknologi Malaysia terus subur dan sihat mengejar objektif dan misi yang disasarkan.

 

 

One Team One Mission
Tuan Hj. Abdul Malik bin Haji Abdul Ghani