+6 03 2615 4927 oshe.kl@utm.my

JAWATANKUASA KESELAMATAN

DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JK KKP)

PTJ/FAKULTI UTM KUALA LUMPUR

OSHE ASSIST

LOGIN PTJ/FAKULTI

Azman Hashim International Business School
Bahagian Pendaftar
Bahagian Pengurusan Aset (BPA)
Faculty of Artifical Intelligence (FAI)
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH)
Kolej Siswa Jaya
Malaysia-Japan International Institute of Technology
Pejabat Bendahari
Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA)
Pejabat Strategi & Hal Ehwal Korporat (OSCA) & Canseleri
Pejabat TNC (A&A) & UTM International
Pejabat TNC (P&I)
Perpustakaan
Pusat Islam
Pusat Kesihatan Universiti
Seksyen Keselamatan
Seksyen Pengurusan Perniagaan (BMS)
UTMDigital
UTM Holdings
UTM SPACE
Seksyen OSHE

AKTA & PERATURAN

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (AKTA 514)

Seksyen 30. Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
(1) Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mengikut seksyen ini jika —
(a) terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat kerja ; atau
(b) Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian di tempat kerja.

(2) Keanggotaan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan di bawah subseksyen(1), pemilihan atau perlantikan orang-orang ke jawatankuasa itu, kuasa anggota anggota jawatankuasa itu dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penubuhan atau prosedur jawatankuasa itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

(3) Tiap-tiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu dengan tujuan untuk membuat dan menyenggarakan perkiraan yang akan membolehkannya dan pekerja-pekerjanya bekerjasama dengan berkesan dalam menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk mempastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di tempat kerja,
dan dalam mengukur keberkesanan langkah-langkah itu.

(4) Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan,
apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN)
BAHAGIAN II – KOMPOSISI JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

Keanggotaan jawatankuasa

5.(1) Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah terdiri daripada –
(a) seorang pengerusi;
(b) seorang setiausaha;
(c) wakil-wakil majikan; dan
(d) wakil-wakil pekerja.

(2) Jika terdapat satu ratus orang atau kurang yang diambil kerja di tempat kerja, maka hendaklah ada tidak kurang daripada dua orang wakil pekerja dan dua orang wakil pengurusan dalam jawatankuasa; dan jika terdapat lebih daripada satu ratus orang yang diambil di tempat kerja, maka hendaklah ada tidak kurang daripada empat orang wakil pekerja dan empat orang wakil pengurusan.

Pelantikan pengerusi dan setiausaha jawatankuasa

6.(1) Seseorang majikan atau pengurusnya yang diberikuasa hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.

(2) Setiausaha jawatankuasa hendaklah orang yang diambil kerja sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

(3) Jika tiada orang yang diambil kerja sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, pengerusi boleh melantik seorang yang lain untuk bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa atau anggota-anggota boleh, dengan undi sulit, melantik setiausaha jawatankuasa daripada kalangan mereka sendiri.

PERATURAN MESYUARAT JK KKP

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN)
BAHAGIAN IV – MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

Kekerapan mesyuarat jawatankuasa

21. (1) Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang menyertai jenis kerja di tempat kerja tetapi hendaklah bermesyuarat tidak kurang daripada tiga bulan sekali.

(2) Tiap-tiap anggota jawatankuasa hendaklah diberi notis bertulis yang munasabah mengenai apa-apa mesyuarat jawatankuasa berserta dengan suatu salinan agenda mesyuarat itu dilampirkan pada notis itu.

(3) Walau apa pun subperaturan (2), suatu mesyuarat hendaklah dipanggil serta-merta jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang, kemalangan nyaris, kejadian merbahaya atau apa-apa situasi lain yang memerlukan perhatian serta-merta supaya dapat dipastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

OFFICE ADDRESS

Occupational Safety, Health and Environment (OSHE) Section

Seksyen Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur

Location : Click HERE

OPERATION HOUR

  • Monday to Friday : 8.30 am - 5.30 pm
  • Saturday and Sunday : Closed

CONTACT US

Telephone : +6 03 26154927

Email : oshe.kl@utm.my

DISCLAIMER

OSHE UTMKL shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

VISITOR COUNTER



web counter