03-2180 5088 registrar.kl@utm.my

FAQs: Pengurusan Sumber Manusia

Berikut adalah FAQs berkaitan Unit Pengurusan Modal Insan:

No 

CUTI

CUTI REHAT

  SOALAN: JAWAPAN:
1.  

Berapakah kadar kelayakan cuti rehat yang boleh dibawa ke gantian cuti rehat (GCR )?

 

Kelayakan cuti rehat yang boleh dibawa adalah mengikut gred jawatan. Contoh,

I. Cuti kelayakan 30 dan 35 hari setahun layak bawa ke GCR 15 hari (maksimum)

II. Cuti kelayakan 25 hari setahun layak bawa ke GCR 12 hari ( maksimum)

III. Cuti kelayakan 20 hari setahun layak bawa ke GCR 10 hari ( maksimum)

2. Berapakah kadar maksimum cuti rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai Gantian Cuti Rehat?  150 hari
3. Bolehkah dijelaskan mengenai kelayakan cuti rehat bergaji penuh bagi anggota sambilan? Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2005, anggota sambilan adalah layak diberi 1 hari cuti rehat bergaji penuh bagi setiap kali genap 23 hari bekerja tetapi tidak melebihi tujuh hari dalam setahun kalendar. Bilangan hari bekerja yang melayakkan anggota sambilan diberi cuti rehat bergaji penuh tidak dihadkan kepada hari bekerja dalam sesuatu bulan tertentu sahaja bahkan anggota boleh mengumpul hari bekerja dalam bulan yang lain tetapi hendaklah dalam tahun yang sama.
4. Staf mempunyai kelayakan cuti rehat sebanyak 25 hari setahun. Bolehkah staf menggunakan keseluruhan cuti rehat pada bulan Mei pada tahun semasa? Tidak boleh.

Staf hanya dibenarkan mengambil cuti rehat mengikut kelayakan sehingga bulan Mei sahaja.

25(kelayakan CR setahun)/12(bulan) = 2 hari sebulan.

2 x 5(bulan) = 10 hari

 CUTI BERSALIN

  SOALAN: JAWAPAN:
1. Berapakah kelayakan cuti bersalin yang boleh diambil oleh penjawat awam wanita sepanjang perkhidmatan mereka? Kelayakan cuti bersalin yang boleh diambil ialah 300 hari sepanjang perkhidmatan bagi 5 kali kelahiran.
2. Berapakah tempoh cuti bersalin yang boleh diambil oleh penjawat awam wanita semasa bersalin?  Staf tetap : 60- 90 hari

 Staf kontrak : 60 hari

3.  Adakah kelayakan Cuti Bersalin pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin semasa berkhidmat secara kontrak diambil kira setelah pegawai tersebut dilantik ke jawatan tetap? Ya. Kelayakan Cuti Bersalin pegawai diambil kira semasa pegawai berkhidmat secara kontrak dan dianggap telah digunakan.
4. Berapa hari cuti tanpa rekod yang boleh diberikan kepada penjawat awam jika isteri mereka bersalin?   Cuti yang layak diberikan kepada penjawat awam secara automatik adalah selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod. Dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang perkhidmatan.5
5. Adakah pegawai lantikan kontrak mendapat kemudahan cuti bersalin?  Ya.

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 menjelaskan pegawai wanita lantikan kontrak (warganegara) layak mendapat kemudahan cuti bersalin selama 60 hari sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan.

CUTI SAKIT

  SOALAN: JAWAPAN:
1.  Berapakah cuti maksima cuti sakit yang boleh diambil oleh penjawat awam. Seseorang ketua jabatan boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar.
2.  Berapakah kelayakan Cuti Sakit dan Cuti Sakit Lanjutan dalam setahun dan siapakah pihak berkuasa yang boleh meluluskannya? Kelayakan dalam satu tahun (Januari hingga Disember) ialah:-

·         Cuti Sakit (Bergaji Penuh)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Jabatan

·         Cuti Sakit (Bergaji Penuh)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Pihak berkuasa melantik.

·         Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Pihak berkuasa melantik dengan perakuan Lembaga Perubatan.

·         Cuti Sakit Lanjutan (tanpa gaji dengan elaun bersamaan separuh gaji)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Pihak berkuasa melantik dengan perakuan Lembaga Perubatan.

Cuti Sakit Lanjutan boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut, jika anggota belum sembuh, beliau boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.

CUTI GANTIAN

  SOALAN: JAWAPAN:
1. Siapakah yang layak memohon Cuti Gantian? Cuti Gantian boleh diberi apabila Pegawai diarah oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa dan Pegawai tidak berkelayakan mendapat Bayaran Lebih Masa atau Bayaran Khas Lain seperti di dalam Perintah Am 40, Bab H.
2. Adakah pegawai yang menghadiri kursus pada hari Sabtu / Ahad / Kelepasan Am layak memohon Cuti Gantian? Tidak layak

CUTI KUARANTIN

  SOALAN: JAWAPAN:
1.  

Apakah penyakit yang melayakkan staf untuk mendapat kemudahan cuti Kuarantin?

 

Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.11 Tahun 2016 berikut adalah penyakit yang melayakkan staf untuk mendapat kemudahan cuti Kuarantin:

i.HFMD

ii.Demam Denggi & Demam Denggi Berdarah

iii.Campak (Measles)

iv.Cacar Air (Chickenpox)

v.Difteria

vi.Malaria 

2. Berapa hari kelayakan kemudahan Cuti Kuarantin? Terhad kepada maksimum 5 hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari mingguan/hari pelepasan Am.

CUTI HAJI

  SOALAN: JAWAPAN:
1. Bolehkah pegawai yang akan menunaikan fardhu haji kali kedua diluluskan cuti haji?  Tidak boleh.

Cuti haji hanya diluluskan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai seperti di perenggan 2(ii), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1984.

CUTI TANPA REKOD

  SOALAN: JAWAPAN:
1.  

Sekiranya adik-beradik saya meninggal dunia, bolehkah saya mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kematian?

 

Tidak Boleh.

Takrifan ahli keluarga terdekat adalah seperti mana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2015.

2. Seorang pegawai telah tamat mengikuti Pengajian Ijazah secara PJJ. Beliau diminta menghadiri majlis konvokesyen termasuk raptai selama 2 hari, Adakah pegawai tersebut layak memohon Cuti Tanpa Rekod? Tiada peruntukan Cuti Tanpa Rekod boleh diberikan kepada pegawai tersebut bagi menghadiri majlis konvokesyen. Pegawai perlu menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau Cuti Tanpa gaji yang berkelayakan.
3. Saya dikehendaki mengambil peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan jawatan di UTM. Adakah saya layak memohon Cuti Tanpa Rekod Peperiksaan. Tidak layak.
4. Saya dipanggil menghadiri temuduga di UTM/Jabatan Luar. Adakah saya layak memohon Cuti Tanpa Rekod? Tidak layak.

CUTI TANPA GAJI

  SOALAN: JAWAPAN:
 

1.

Saya telah menghabiskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji sebanyak 360 hari. Bolehkah saya menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji menjaga anak selama 2 tahun? Boleh. Kemudahan Cuti Tanpa Gaji atas sebab peribadi dan menjaga anak adalah kemudahan yang berbeza.
2. Pegawai yang tidak layak memohon Cuti Tanpa gaji mengikut pasangan?  Pegawai lantikan sementara atau kontrak tidak layak dipertimbangkan kemudahan CTG mengikut pasangan
3. Adakah tempoh cuti tanpa gaji boleh diambilkira untuk faedah pencen? Tidak.
4. Saya pernah mengambil Cuti Tanpa Gaji selama 2 minggu. Adakah tempoh tersebut diambil kira bagi tujuan tempoh perkhidmatan yang melayakkan untuk Anugerah Jasa Bakti dan Jasa Setia. Tidak diambil kira.

Sebarang soalan berkaitan boleh juga diajukan kepada farahana@utm.my