PKU UTM Kuala Lumpur

 

Sejarah PKU UTM Kuala Lumpur bermula sejak 1951 lagi, seiring dengan penubuhan Maktab Teknik di Jalan Gurney ( Jalan Semarak) yang kini dikenali sebagai Jalan Sultan Yahya Petra. Perkhidmatan yang disediakan pada ketika itu lebih terarah kepada rawatan kesihatan untuk pelajar sahaja.

Sejajar dengan pembangunan teknologi dan tuntutan khidmat tenaga kerja yang semakin bertambah, UTM mengorak langkah dengan pembukaan kampus UTM Johor Bahru. Pada 1 September 1989 UTM Skudai diisytiharkan sebagai kampus induk manakala kampus di Kuala Lumpur sebagai kampus cawangan.

Pada ketika ini, PKU UTMKL adalah salah satu unit dibawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA). Perkhidmatan utama yang disediakan adalah rawatan pesakit luar untuk pelajar dan staf UTM.

 

 

VISI

Diiktiraf sebagai Pusat Kesihatan Universiti contoh dan menjadi rujukan kepada semua IPT Malaysia

MISI

Menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit, pencegahan penyakit dan promosi kesihatan kepada warga universiti

MATLAMAT

Membantu supaya masyarakat UTM berada dalam keadaan sihat sejahtera agar mereka dapat memberikan tumpuan dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UTM.

OBJEKTIF

  • Menyediakan kemudahan rawatan pesakit melalui perkhidmatan klinik perubatan.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan melalui aktiviti oncall, standby, dan ambulans.
  • Menjalankan aktiviti kawalan penyakit berjangkit dan pengesanan penyakit tak berjangkit.
  • Menjalankan promosi kesihatan melalui aktiviti pendidikan dan cara hidup sihat.
Pautan Pantas

Informasi & Hebahan Terkini

Kenyataan Akhbar KPK 11 April 2017 – Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin Read more..

Kenyataan Akhbar KPK 3 April 2017 – Isu Kehadiran Tikus di Pasaraya AEON, One Utama, Petaling Jaya, Selangor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada         isu penutupan bahagian grocery Pasaraya Aeon, One Utama, Petaling Jaya, Selangor Read more..

Kenyataan Akhbar KPK 27 Mac 2017 – Isu Stevia Palsu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Awas Stevia Palsu” yang disiarkan melalui   akhbar Berita Harian edisi 27 Mac 2017. Read more..

Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan, kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan (iman).

Hadith Riwayat Ibnu Majah

Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya ; iaitu kesihatan dan waktu lapang.

Hadith Riwayat Bukhari

Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah.

Riwayat Muslim & Ahmad