DARI MEJA KETUA BAHAGIAN PKU UTMKL

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam Laman Web Pusat Kesihatan Universiti UTMKL yang baru. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada Dr Ismail Bin Ahmed, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti UTM atas tunjuk ajar yang diberikan kepada saya sepanjang menggalas tugas sebagai Ketua Bahagian di Pusat Kesihatan Universiti UTMKL. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan atas daya usaha semua pihak yang terlibat dalam membangunkan laman web ini

Memandangkan pada ketika ini kita berada di dalam dunia tanpa sempadan, internet serta media sosial merupakan medium terbaik dan pantas untuk penyaluran maklumat. Walaubagaimanapun, oleh kerana ianya boleh diakses oleh sesiapa sahaja, saya khuatir sekiranya maklumat yang disampaikan mungkin tidak tepat dan disampaikan oleh pihak yang bukan ahli dalam bidang tesebut. Implikasinya kepada masyarakat umum pula adalah sangat buruk. Justeru itu, saya berharap laman web ini dapat menjadi wadah utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan fakta yang tepat, ilmu serta maklumat berkaitan kesihatan selain turut memaparkan pelbagai aktiviti Pusat Kesihatan Universiti UTMKL.

Akhir kata, saya berharap warga UTM serta masyarakat umum beroleh manfaat daripada laman web ini. Saya juga menyeru kepada semua warga Pusat Kesihatan Universiti UTMKL amnya agar dapat menyalurkan pelbagai maklumat terkini untuk dipaparkan di laman web ini dan berharap pihak editor sentiasa mengemaskini maklumat yang diperolehi supaya laman web ini lebih interaktif dan berinformasi.

 

Sekian, terima kasih.

DR. IZZAT HAZMIR BIN ISMAAL

Ketua Bahagian, Pusat Kesihatan Universiti, UTM Kuala Lumpur