Pada 10 Januari 2020 (Jumaat) yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Kebajikan Pelajar HEP UTM Kuala Lumpur Bil 1/2020. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh TImbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Durrishah binti Idrus bermula jam 10.00 pagi di Dewan Jumaah, UTM Kuala Lumpur.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UTM Kuala Lumpur, pengurusan atasan HEP UTM Johor Bharu dan UTM Kuala Lumpur serta barisan ketua-ketua pelajar dari pelbagai kelab dan persatuan.

Mesyuarat ini banyak membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di UTM Kuala Lumpur dari segi kebajikan, antaranya persekitaran tempat belajar, sistem di UTM dan cadangan penambahbaikan persatuan di UTM Kuala Lumpur.

Pengerusi Prof. Dr. Durrishah memberi maklum balas dan cadangan untuk mengambil kira semua pandangan ahli mesyuarat dan menyelesaikan masalah mengikut kepentingan dan keperluan semasa semua pelajar.

 

                     Gambar oleh : Zulafiq