BANTUAN KEWANGAN MAHASISWA

– Kembali ke Laman Sejahtera Mahasiswa –

Penyelarasan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan pinjaman tabung kewangan universiti.  Unit  ini juga bertanggungjawab menguruskan pengiklanan tawaran, mengatur temuduga, membuat notis pemberitahuan mengenai biasiswa/pinjaman, mengedar borang-borang permohonan dan mengemukakan surat-surat permohonan dan dokumen perjanjian yang telah lengkap kepada penganjur-penganjur berkaitan.

Bantuan kewangan mahasiswa di Universiti ini terdiri daripada empat kategori utama iaitu:

  1. Biasiswa Pelajaran (termasuk Biasiswa Endowmen UTM)
  2. Pinjaman Pelajaran
  3. Dermasiswa/Out-right-grant
  4. Pinjaman Tabung Kewangan Universiti

Sumber-sumber kewangan mahasiswa di Universiti adalah terdiri daripada empat kategori utama iaitu:

  1. Agensi-Agensi Kerajaan
  2. Badan-Badan Berkanun
  3. Pihak Swasta
  4. Yayasan/Pertubuhan

Agensi Bantuan Kewangan Mahasiswa

Agensi Bentuk Bantuan Peringkat Kursus yang Ditaja Kadar Bantuan Setahun*
Kerajaan/ Badan Berkanun Biasiswa Diploma
Sarjana Muda
RM 2,500.00-RM 5,000.00
RM 4,500.00-RM 10,000.00
Kerajaan Negeri/Yayasan Negeri Biasiswa dan Pinjaman Mahasiswa Diploma
Sarjana Muda
RM 2,000.00-RM 4,000.00
RM 3,000.00-RM 7,000.00
Swasta Biasiswa dan Pinjaman Mahasiswa Diploma
Sarjana Muda
RM 3,000.00-RM 5,000.00
RM3,000.00-RM 10,000.00
Yayasan/Pertubuhan Dermasiswa, Biasiswa dan Pinjaman Mahasiswa Diploma
Sarjana Muda
RM 5000.00 – RM 8,000.00
RM 6,000.00-RM 10,000.00

*kadar ini berubah dari semasa ke semasa mengikut ketetapan agensi/penganjur

 

Hak Cipta Terpelihara @2016-2017    |    Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, UTM Kuala Lumpur