JADUAL PENGGILIRAN TUGAS STAFF HEP UTMKL SEPANJANG PKPB

URUSAN PERKHIDMATAN DAN OPERASI PEJABAT

  • Staf UTMKL diarahkan untuk bekerja dari rumah atau Work From Home (WFH) sepenuhnya mulai 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020 kecuali mereka yang terlibat dalam perkhidmatan perlu (Essential Services) Universiti. Staf UTMKL adalah merujuk kepada staf lantikan tetap, kontak, sambilan harian, penyelidik dan pelajar latihan industri.
  • Namun demikian, bermula pada 19 Oktober 2020, staf UTMKL dibenarkan untuk hadir bekerja di kampus secara penggiliran mengikut waktu bekerja harian staf. Kebenaran ini adalah tertakluk kepada had maksimum 25% daripada jumlah keseluruhan staf di PTJ tanpa menjejaskan operasi jabatan.
  • Permohonan hadir bekerja boleh dibuat melalui pautan myutm.my atau aplikasi UTMSmart. Manakala staf yang bekerja dari rumah perlu merekodkan kehadiran menggunakan kaedah GPS Check In/Out dalam UTMSmart sebagaimana perlaksanaan sebelum ini; dan
  • Mesyuarat dalaman dan dengan pihak luar hendaklah dilaksanakan secara dalam talian atau medium elektronik yang bersesuaian.

URUSAN BERKAITAN PELAJAR

  • Kesemua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dan semua aktiviti melibatkan makmal dibatalkan sepanjang tempoh PKPB.
PUSAT DI PEJABAT HEP UTMKL

Pusat atau Jabatan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTMKL terdiri daripada;

  • Pusat Pentadbiran
  • Pusat Sinergi
  • Pusat Kebajikan & Kesejahteraan Pelajar
  • Pusat Sukan

Berikut adalah Jadual Penggiliran Kerja untuk Staf Pusat di Pejabat HEPUTMKL sepanjang tempoh PKPB.

PUSAT KAUNSELING

 

Jadual Penggiliran Tugas untuk StafPusat Kaunseling UTMKL sepanjang tempoh PKPB.

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)

 

Jadual Penggiliran Tugas untuk PKU sepanjang tempoh PKPB.

KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Jadual Penggiliran Tugas untuk Staf di Kolej Kediaman Pelajar sepanjang tempoh PKPB.

  • Kolej Siswa Jaya (KSJ)
  • Kolej Kampus Luar