PROGRAM LIBATSAMA BERFOKUS UTM@NICE’17

Pembangunan komuniti luar bandar merupakan agenda yang sangat penting untuk diperkasakan selaras dengan hasrat YAB. Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Justeru, rakyat Malaysia terutamanya golongan Mahasiswa dan Warga Universiti Awam (UA) serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu bersama-sama menyumbang bakti dan idea dalam merealisasi hasrat tersebut. Demi menyahut usaha dan hasrat murni ini, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur bercadang mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program  Libatsama Komuniti UTM@NICE’17. Program  ini dilaksana bagi menyemarakkan lagi budaya kesukarelawan dalam kalangan warga kampus, khususnya Mahasiswa dan Staf Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Program  Libatsama Komuniti Berfokus UTM@NICE’17 pula telah diilhamkan oleh YBhg. Prof. Dr. Durrisah binti Idrus, Pengarah Kampus UTMKL yang merupakan anak kelahiran Jelebu dengan matlamat utama untuk membantu mentransformasi komuniti Jelebu dan  bakal dijayakan oleh sekumpulan tenaga mahir dari UTM sendiri. Selain itu, bagi memastikan kejayaan program  ini secara total, UTM telah menjalin sinergi yang erat dengan beberapa buah UA/IPT di sekitar Negeri Sembilan khususnya Daerah Jelebu. Libatsama Komuniti UTM@NICE‘17 turut berkolaborasi dengan beberapa buah unit di UTM sendiri, Agensi Kerajaan dan Swasta, Persatuan Belia serta Usahawan di sekitar lokasi/tapak pelaksanaan program.  Libatsama Komuniti UTM@NICE‘17 telah memberi impak yang bermanfaat kepada seluruh peserta yang terlibat, khususnya komuniti setempat.

 

 

 

 

 

Program  Libatsama Komuniti

Tarikh: 17 hingga 22 Januari, 2017 (Rabu-Ahad) di Felda Pasoh 1 & 4 serta persekitaran Jelebu.

Bil. Program Tarikh
1. Majlis Penyerahan Anak Angkat. 18/1/2017
2. Majlis Perasmian Pembuka. 18/1/2017
3. Membaik Pulih Komputer Mini RTC. 19-22/1/2017
4. Klinik Sukan Rugbi. 19/1/2017
5. Literasi Maklumat. 19/1/2017
6. eRezeki. 19/1/2017
7. Kursus Pengurusan Jenazah. 19/1/2017
8. Jelebu Got Talent 19-22/1/2017
9. Sukaneka Bersama Komuniti@Keluarga Angkat. 19/1/2017
10. Solat Berjemaah/Bacaan Yassin Beramai-Ramai. 19/1/2017
11. Ziarah Kasih. 20/1/2017
12. Khitan Beramai-ramai. Kesesuaian Tarikh
13. Selawat & Forum Perdana. 20/1/2017
14. Akademia; Kem Pendidikan. 20-22/1/2017
15. Ceramah Motivasi di MRSM. 21/1/2017
16. Youth Challenge 21/1/2017
17. Malam Warisan Budaya. 21/1/2017
18. Rewang Sekampung. 22/1/2017
19. Karnival Pendidikan & Usahawan Ko Jelobak Ko Jelobu. 22/1/2017
20. Majlis Perasmian Penutup. 22/2/2017


Program  Libatsama Komuniti Berfokus di persekitaran Jelebu.

Tarikh: Februari, 2017 – Februari, 2018

Bil. Program Tarikh
1. Strategi Pembelajaran Berkesan untuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains                   ~ Tempoh, 8 bulan. Mei – Januari, 2017
2. Penuaian Air Hujan ~ Tempoh, 6 bulan. Mei – September, 2017
3. Ternakan Lebah Kelulut ~ Tempoh, 6 bulan. Mei – November, 2017
4. Kursus Pendawaian Elektrik Secara Domestik ~ Tempoh, 5 bulan. Mac – Ogos, 2017
5. Kursus baikpulih komputer ~ Tempoh 5 bulan Mei –Oktober 2017
6. Projek Mempertingkat Ekonomi Individu Menerusi Modul ‘NTP-G’ ~ Tempoh, 6 bulan. Februari – Ogos, 2017
7. Celik Al-Quran~ Tempoh: 12 bulan. Feb. 2017 – Feb.2018

 

 

 

Program Libatsama Komuniti:  

  • Menyahut usaha  dan   saranan  Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia agar warga UA/IPT dapat Bersama-sama  turun ke kawasan luar bandar bagi membantu mempercepatkan proses pembangunan Komuniti Berilmu (Knowledgeable Society) melalui kaedah Knowledge Transfer sebagaimana yang diterapkan dalam NBOS4.
  • Memberi pendedahan yang baik kepada Mahasiswa yang terlibat mengenai sosio budaya dan ekonomi Komuniti Luar Bandar supaya melalui medium sebegini, usaha ‘bebas jurang’ antara warga UA/US/IPT dan Komuniti Luar Bandar dapat direalisasikan.

 Program  Libatsama Komuniti Berfokus:  

Strategi Pembelajaran Berkesan untuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains:

  • Memberi motivasi kepada pelajar berprestasi sederhana Daerah Jelebu dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara berkala.
  • Memberi bimbingan tambahanberkaitan strategi pembelajaran berkesan kepada pelajar Daerah Jelebu dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara berkala.
  • Menghasilkan modul berkaitan strategi pembelajaran berkesan bagi pelajar berprestasi sederhana dari sekolah-sekolah dikawasan luar bandar.

Projek Penuaian Air Hujan:

  • Menangani masalah perubahan iklim yang mendadak yang menjejaskan bekalan air ke sawah padi.
  • Menggalakkan keserakanan dan kebolehpasaran graduan melalui Program Libatsama Komuniti.
  • Memperkasa kemahiran Penyelidik Universiti melalui aplikasi teknologi di dalam penyelesaian masalah sebenar.
  • Menggalakkan kerjasama di antara komuniti dan UTM.

# Projek Ternakan Lebah Kelulut:

  • Membantu penduduk setempat di kawasan Jelebu dalam memulakan perusahaan penternakan lebah kelulut serta memberikan bimbingan atau asas kepada bidang keusahawanan.
  • Melatih penduduk setempat di dalam menternak, menuai dan memproses madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut.
  • Menjana pendapatan tambahan atau meningkatkan taraf kehidupan penduduk setempat.

Kursus Asas Pendawaian Elektrik Secara Domestik:

  • Memberi pengetahuan asas dan keselamatan mengenai pendawaian elektrik domestik.
  • Memberi latihan amali kaedah pendawaian yang betul dan selamat.

# Projek Mempertingkat Ekonomi Individu Menerusi Modul ‘NTP-G’:

  • Meningkatkan ekonomi individu.
  • Melahirkan usahawan MIKRO dan MAKRO.
  • Meningkatkan kebolehpasaran produk tempatan.

# Celik Al-Quran:

  • Membantu pihak berkuasa dalam pemulihan komuniti khas.
  • Meningkatkan tahap celik Al-Quran.
  • Membudayakan cara hidup Islam dalam kalangan komuniti khas.
  • Mewujudkan kumpulan pembimbing Al-Quran dalam kalangan komuniti tempatan.

 

 

Program Libatsama Komuniti:

Penasihat Kehormat:  Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abdul Aziz.

Penasihat Program:  Prof. Madya Ahmad bin Khalid.

Penyelaras:  Puan Siti Salamah binti Hj. Shihab.

Ketua Pengarah:  Saudari Shafeqa Ameera binti Jufri

 

Program  Libatsama Komuniti Berfokus:

Pengerusi: Prof. Dr. Durrishah binti Idrus.

Penasihat Program: Prof. Madya Dr. Nur Naha binti Abu Mansor.

Penyelaras:  Puan Ramona binti Abd. Rahman

Ketua Projek:

# Strategi Pembelajaran Berkesan untuk Bahasa Inggeris,  Matematik dan Sains: Prof. Madya Dr. Marlia binti Puteh.

# Penuaian Air Hujan:  Dr. Norhayati binti Abdullah.

# Ternakan Lebah Kelulut:  Dr. Harisun Yaakob.

# Kursus Pendawaian Elektrik Secara Domestik: Prof. Madya Sallehuddin Mohamad.

# Kursus Baikpulih komputer: Prof. Madya Sallehuddin Mohamad.

 # Projek Mempertingkat Ekonomi Individu Menerusi Modul ‘NTP-G’: Prof. Madya Dr. Siti Zaleha Abdul Rasid.

# Celik Al-Quran: Ustaz Wan Ali Wan Jusoh.

 

 

 

 

 

 

 

Program  Libatsama Komuniti:

Bagi pelaksanaan program, pengisian aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk membina ukhuwah di antara peserta dan komuniti setempat. Berkonsepkan Keluarga Angkat, peserta seramai 160 orang mahasiswa akan ditempatkan Bersama 55 Keluarga Angkat sekitar Daerah Jelebu. Pelbagai aktiviti akan dilaksana sepanjang tempoh tersebut seperti berikut:

# Majlis Bersama Komuniti: Terdapat empat (4) Majlis Utama yang  dilaksana oleh peserta bersama komuniti setempat iaitu;

Bil. Tarikh Butiran Majlis
1. 18 Januari,2017 Majlis Perasmian Pembukaan  dan Penyerahan Anak Angkat.
2. 20 Januari, 2017 Selawat & Forum Perdana.
3. 21 Januari, 2017 Malam Warisan Budaya.
4. 22 Januari, 2017 Majlis Perasmian Penutupan & Penyerahan Kembali Anak Angkat.


# Membaikpulih komputer Mini RTC Lakai dan Ayer Hitam Serta Penyerahan Komputer Terpakai kepada RTC Lakai, Ayer Hitam dan Sekolah:  Pendedahan akses kepada aplikasi teknologi yang berkualiti dan  bermanfaat membantu urusan harian penduduk setempat melalui pembayaran bil secara online, perniagaan online dan sebagainya.  Program ini akan diadakan pada 19 Januari, 2017.

 # Literasi Maklumat: Aktiviti ini dikhususkan kepada Pelajar IPT/UA/US dan Pelajar Sekolah Menengah Harian di Negeri Sembilan. Aktiviti membangunkan UTM Reading Station ini akan diadakan pada 19 Januari, 2017. Kaedah pencarian maklumat dengan mudah juga akan dikongsi Bersama. Tiada had jumlah penyertaan untuk mengikuti perkongsian ilmu ini.

 # e-Rezeki: Aktiviti ini dikhususkan kepada Komuniti di Jelebu, Negeri Sembilan. Aktiviti E-rezeki akan diadakan pada 19 Januari,2017.                    

# Pengurusan Jenazah: Aktiviti ini dikhususkan kepada Pelajar IPT/UA/US, Belia dan Komuniti Jelebu.  Perkongsian ilmu pengurusan jenazah ini akan diadakan pada 19 Januari, 2017. Kaedah pencarian maklumat dengan mudah juga akan dikongsi bersama.

# Klinik Sukan Ragbi: Aktiviti ini dikhususkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan seramai 120 orang mewakili Daerah Jelebu/Negeri Sembilan. Klinik Sukan Ragbi akan diadakan pada 19-21 Januari, 2017. 

# Aktiviti Sukaneka:  Aktiviti ini bertujuan untuk mendorong mahasiswa dan Keluarga Angkat serta komuniti dapat menjalin hubungan baik antara satu sama lain.  Beberapa siri sukan pelbagai gaya yang santai dan menghiburkan telah dilaksana dengan cara yang menarik, mesra serta harmoni iaitu Sukaneka Bersama Keluarga Angkat & Komuniti pada 19 Januari, 2017 dan Youth Challenge pada 21 Januari, 2017.

# Jelebu Got Talent: Aktiviti ini telah diadakan pada 19 Januari, 2017 bagi mencungkil bakat komuniti dan peserta dalam pelbagai bidang iaitu kesenian, kesukanan, kreativiti dan sebagainya.  Pelbagai program  telah diatur dengan tujuan pengukuhan ukuwah.

 # Ziarah Kasih:  Aktiviti ini akan pada 20 Januari, 2017 dengan membawa tujuan yang mendalam dalam menjalin kasih dan simpati kepada komuniti yang memerlukan. Kempen tentang kesedaran kesihatan juga tidak dilupakan dengan penyediaan kaunter pemeriksaan kesihatan dan flyers tentang penjagaan kesihatan.

# Akademia: Kem Pendidikan 

Kem Pendidikan akan dikendalikan oleh kumpulan mahasiswa UTM Johor Bahru dalam kelompok 5ETP dan dikhususkan kepada pelajar Sekolah Menengah di sekitar Jempol dan Jelebu pada 20-22/1/2017.  Penentuan peserta ditentukan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol dan Jelebu seramai 150 orang dan program  telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di Kem PLKN Jempol.   Konsep dan modul pelaksanaan program  dibuat secara berfokus kepada awareness campaign terhadap ilmu dan sekolah dengan tujuan memberi kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan dan pemahaman terhadap konsep 1 Malaysia juga meningkatkan rasa kasih dan sayang antara semua pihak yang terlibat dengan sekolah.

Terdapat juga aktiviti melibatkan peserta bersama  Idola Kelahiran Jelebu, Profesor Dr. Durrishah binti Idrus yang menyampaikan Ceramah Motivasi di Maktab Rendah Sains MARA.

# Karnival Pendidikan & Usahawan Ko Jelobak Ko Jelobu 

Karnival Pendidikan telah  dikendalikan oleh UA/IPT yang terlibat di dalam program iaitu perkongsian maklumat berkaitan pendidikan dari UTM, UKM, USIM, KPJUC, Kolej Komuniti Jelebu dan GIAT MARA Jelebu, MARA.  Selain itu, RTC Gagu, SPRM serta beberapa organisasi lain yang difikirkan sesuai juga diberi peluang mempamerkan perkhidmatan organisasi mereka.

Bagi usahawan pula, pihak mahasiswa akan membantu mempromosi barangan kraftangan masyarakat kampung dan bakat mereka.  Temubual tidak formal akan dilakukan dan hasil kajian akan dibentangkan dan dipamerkan untuk promosi barangan mereka.  Seterusnya pihak penganjur menawarkan booth untuk para Usahawan Jelebu mempamerkan barangan mereka untuk dijual bertepatan dengan  tema Usahawan Ko Jelobak Ko Jelobu. Program  akan dilaksanakan pada hari terakhir iaitu pada 22 Januari, 2017 bermula jam 9.00 pagi.

#  Program Libatsama Komuniti Berfokus:   Terdapat tujuh program berimpak tinggi yang sedang dan akan dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan hingga 12 bulan.  Program berimpak tinggi adalah Strategi Pembelajaran Berkesan untuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, Penuaian Air Hujan, Ternakan Lebah Kelulut, Kursus Pendawaian Elektrik Secara Domestik, Kursus Baikpulih komputer, Mempertingkat Ekonomi Individu menerusi projek NTP G serta Celik Al-Quran.

 

 

 

Kos Libatsama Komuniti: RM210,705.90

Kos Libatsama Komuniti Berfokus: RM260,180.00

Hak Cipta Terpelihara @2016-2017    |    Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, UTM Kuala Lumpur