Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif 2017 di UNIMAPpada 1-3 Ogos 2017
Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).
Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.
Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Universiti Awam (UA) di Malaysia. Beberapa siri Konvensyen telah dianjurkan di peringkat UA seperti jadual dibawah:.
Bil | Universiti Awam | Tahun |
Kali Ke-1 | Universiti Teknologi MARA (UiTM) | 2004 |
Kali Ke-2 | Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | 2005 |
Kali Ke-3 | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | 2006 |
Kali Ke-4 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | 2007 |
Kali Ke-5 | Universiti Malaysia Sabah (UMS) | 2009 |
Kali Ke-6 | Universiti Sains Malaysia (USM) | 2010 |
Kali Ke-7 | Universiti Putra Malaysia (UPM) | 2011 |
Kali ke-8 | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) | 2012 |
Kali ke-9 | Universiti Utara Malaysia (UUM) | 2013 |
Kali ke-10 | Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS) | 2014 |
Kali ke-11 | Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | 2015 |
Kali ke-12 | Universiti Malaysia Terengganu (UMT) | 2016 |
Pada Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar Bil. 1/2017 yang diadakan pada 26hb. Januari 2017 telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Universiti Malaysia Perlis sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat UA kali ke 13 iaitu pada tahun 2017.
FORMAT PERTANDINGAN
- Menggunakan format yang memasukkan elemen penyoalan khas kepada Fasilitator. Format baharu ini telah digunapakai berkuatkuasa tahun 2013;
- Persediaan – 5 minit
- Persembahan – 20 minit
- Soal jawab (1 soalan kumpulan & 1 soalan fasilitator – 5 minit
- Mengekalkan format sedia ada yang pernah digunakan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (penganjur kali ke-12) & USIM (penganjur kali ke-11)