Tanggal pada 18 Julai 2012, UTM sekali lagi berjaya merangkul tiga Anugerah Emas dan satu Anugerah Perak dalam Konvensyen ICC Peringkat Wilayah Selatan yang telah diadakan pada 17 & 18 Julai 2012 bertempat di Hotel Renaissance, Melaka anjuran MPC Wilyah Selatan.
Sebanyak 67 buah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK ) dari pelbagai agensi swasta, perkilangan, perkhidmatan dan badan kerajaan telah mengambil bahagian dalam konvensyen tahunan yang dijjalankan.
Didalam konvensyen ini, UTM telah menghantar empat kumpulan KIK yang terdiri dari Kumpulan 5K (Perpustakaan Sultanah Zanariah), Kumpulan ELIT (Fakulti Pendidikan), kumpulan SMART ( Fakulti Sains) dan Kumpulan INSPIRE (Bhgn Pengurusan Modal Insan, Pej Pendaftar). Konvensyen anjuran MPC Wilayah Selatan adalah merupakan program tahunan dimana setiap kumpulan KIK akan membentangkan projek yang telah diselesaikan menggunakan pelbagai alat-alat kualiti dari peringkat pengenalpastian masalah sehinggalah peringkat penyelesaian. Antara alat-alat kualiti yang digunakan adalah Kaedah Matriks, Rajah Infiniti, Rajah Tulang Ikan ( juga dikenali sebagai Rajah Ishikawa), Rajah Pareto, Konsep PDCA, Teknik Rajah Pokok dan pelbagai lagi kaedah mengikut kesesuaian projek yang dijalankan.
Seterusnya Klik Disini
Great Share! This really answered my problem, thank you!
I found your entry interesting do I’ve added a Trackback to it on my weblog and my seotons