Anugerah Kualiti UTM

Anugerah kualiti UTM secara umumnya mempunyai objektif sebagaimana berikut:

  1. Memperkasa budaya kerja cemerlang di setiap fakulti dan bahagian UTM;
  2. Menghayati amalan terbaik dan strategi pengurusan cemerlang;
  3. Memberi manfaat kepada fakulti dan bahagian, menilai tahap kecemerlangan masing-masing dan melaksanakan penambahbaikan berterusan;
  4. Menggalak persaingan sihat antara fakulti dan bahagian untuk kecemerlangan organisasi;
  5. Memberi pengiktirafan secara formal kepada fakulti dan bahagian yang menunjukkan inisiatif dan pencapaian cemerlang dalam semua aspek pengurusan bertunjangkan kepimpinan yang unggul.