Keahlian
Jawatan Penyandang | |
Pengerusi | Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
[ Dekan / Pengarah / Ketua PTJ ] |
Ahli | Ketua Jabatan/Bahagian/Unit /Seksyen
didalam PTJ berkenaan |
Sekretariat | Pegawai Risiko PTJ |
Terma Rujukan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Peringkat PTJ
- Mengenalpasti dan menghubungkan risiko kritikal bidang utama pengurusan risiko (BUPR) sediada atau yang berpotensi dengan PTJ berkaitan perubahan dan pengurusan pelan tindakan untuk mengurus risiko;
- Mengkaji dan mengemaskini kaedah pengurusan risiko yang digunakan di PTJ berkaitan. Khususnya berkaitan dengan mengenalpasti, mengukur, mengawal dan melaporkan risiko;
- Menyelaras keperluan pengurusan risiko PTJ;
- Merancang, mengurus dan melaksanakan proses pengurusan risiko dan pelan tindakan di PTJ masing-masing;
- Melaporkan status pelan tindakan kepada Pegawai Risiko masing-masing untuk disampaikan kepada BUPR;
- Memastikan risiko kritikal dipertimbangkan dalam pelan pengurusan; dan
- Mengkaji semula profil risiko dan prestasi PTJ.