Kumpulan Inovatif dan Kreatif UTM

Pengenalan

UTM telah mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja) sejak tahun 2005 hingga sekarang. Sepanjang tempoh ini, sebanyak 40 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UTM telah berjaya ditubuh dan digerakkan serta menyertai pelbagai konvensyen samada diperingkat Universiti, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Objektif Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

  • Menggalak dan mengiktiraf kreativiti dan inovasi dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja dengan penghasilan kaedah yang boleh memberi impak dari segi penjimatan, produktiviti dan keberkesanan;
  • Menjadi wadah kepada Pusat Tanggungjawab untuk mempersembah dan mempertanding hasil projek Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) masing-masing untuk dinilai oleh Panel Juri berpengalaman;
  • Menggilap bakat dan keyakinan diri peserta dalam membuat persembahan, melahirkan idea yang kreatif dan inovatif serta keupayaan menjelaskan projek secara terancang dan spontan;
  • Menjadi wadah kepada staf mempelajari teknik dan pendekatan yang digunakan bagi permasalahan yang dibentangkan dan kaedah penyelesaian secara sistematik;
  • Menyediakan peluang untuk Pusat Tanggungjawab berkongsi dan memanfaatkan hasil projek supaya hasil projek yang dapat mempertingkat kualiti perkhidmatan disebar luas dan dimanfaatkan oleh semua warga universiti.