Terma Rujukan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Universiti (JPRU)

Polisi & Garis Panduan Pengurusan Risiko Universiti 2014

  1. Menyelia pengurusan risiko Universiti melalui penerimaan laporan berkala berkaitan pelaksanaan pengurusan risiko;
  2. Mencadangkan strategi dan tindakan susulan bagi pengurusan risiko Universiti;
  3. Menasihati Universiti dalam pengurusan mana-mana aktiviti yang berisiko tinggi atau projek;
  4. Menyediakan maklumat mengenai perkembangan pengurusan risiko Universiti kepada Lembaga Pengarah ;
  5. Mengkaji dan mengesyorkan Polisi Pengurusan Risiko yang menentukan dasar-dasar dan garis panduan utama, dan apa-apa perubahan penting yang perlu, untuk diluluskan oleh Lembaga Pengarah;
  6. Menyemak semula profil risiko dan daftar risiko bagi memastikan risiko Universiti diuruskan dengan baik. (Proses penilaian risiko ini termasuk mengenal pasti risiko dan pengkuantitian hendaklah dilaksanakan oleh Pengurusan Universiti, anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu yang setara );
  7. Mempertimbangkan dan menentukan sama ada cadangan pembangunan projek utama Universiti adalah cukup komprehensif untuk menangani risiko strategik dan operasi yang berkaitan, selaras dengan bidang kuasa perolehan, sebelum diluluskan oleh Lembaga Pengarah untuk pelaksanaan dan;
  8. Melaksanakan sebarang tugas-tugas tambahan untuk penambahbaikan berterusan pengurusan risiko Universiti.