PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2002 bertajuk “Senarai Kelayakan yang Diiktiraf oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam”. Pekeliling berkenaan memaklumkan perlunya Pihak Berkuasa Melantik (PBM) menyemak status pengiktirafan kelayakan calon-calon dalam urusan pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam seperti yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 pula memaklumkan bahawa senarai kelayakan (IPT tempatan sahaja) yang diiktiraf oleh Kerajaan telah dikemaskini dan dipaparkan melalui laman web (http://pengiktirafan.jpa.gov.my) dan tidak lagi diterbitkan dalam bentuk buku. Senarai kelayakan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi.

 

Butiran : Klik