KEAHLIAN
- Pengerusi : Dipilih oleh Majlis Profesor
- Ahli
- Empat (4) orang staf akademik kanan UTM berjawatan Professor atau Professor Madya yang diputuskan oleh Senat melalui cadangan ahli Senat. Ahli bukan daripada kalangan pentadbir akademik.
- Dua (2) orang pakar luar universiti yang dicadangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan diperakukan oleh Senat
- Setiausaha Pengarah, Unit Kualiti Universiti
Punca Kuasa: Senat Universiti
Bidang Kuasa
- Memantau standard dan pelaksanaan akreditasi di Universiti Teknologi Malaysia;
- Memperakukan panel penilai bagi menjalankan audit akreditasi sementara, akreditasi penuh dan audit pemantauan;
- Menerima laporan dan membuat penilaian ke atas laporan panel penilai akreditasi;
- Memberi perakuan akreditasi untuk program akademik yang memenuhi standard yang ditetapkan;
- Membuat perakuan pembatalan akreditasi ke atas program yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan;
- Menyediakan laporan akreditasi untuk dibentangkan bagi pengesahan Senat Universiti